Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gal.kan] | منڠݢلکن

Definisi : ark membu­buh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gal.kan] | منڠݢلکن

Definisi : menjadikan tanggal, mem­buka (pakaian dll), meluruhkan, melucutkan, mencabutkan: ia bangun lalu ~ kemejanya; sebelum masuk ia ~ kasut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gal.kan] | منڠݢلکن

Definisi : menjadikan tanggal; membuka (pakaian dll): melucutkan: Sebelum naik ke rumah, dia ~ kasutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggal (kata kerja)
Bersinonim dengan terlepas, lucut, gugur, luruh, terkelupas, tercabut, londeh, copot, menggelup;,
Kata Terbitan : menanggalkan, tertanggal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
skinning cablemenanggalkan kabelSosiologiTiadaProses menanggalkan penebat pada kabel.
barking; fitpengulitanPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Proses menanggalkan dan membuang kulit daripada batang pokok atau kayu balak sebelum pemprosesan selanjutnya. Proses ini boleh dilakukan secara manual atau mesin pengulit. 2. Proses menanggalkan kulit kayu dengan cara menggeleng dan mengores secara memanjang batang kayu, dan mengopek kulitnya keluar. Kulit kayu yang ditanggalkan boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penyamak kulit binatang.
desquamationpendeskuamanGerontologiTiadaProses menanggalkan sel luar epitelium, terutama dari kulit atau membran mukus dalam bentuk sisik atau kepingan kecil.
peelingkupasan; pengupasanKejuruteraanTiada1. Menanggalkan salutan getah daripada logam, kain atau bahan lain.,2. Perlongkahan elektroenapan, suatu kesan yang tidak diingini.
nipple downbukaKejuruteraanTiadaProses menanggalkan pencegah sembur liar dari telaga.
cored holelubang terterasKejuruteraanTiada, dan menanggalkan teras itu apabila tuangan telah selesai.
dofferdoferSosiologiTiada1. Alat untuk menanggalkan gelendong, rasuk atau kumparan benang daripada mesin tenun.,2. Pekerja yang menggantikan gelendong penuh dengan gelendong yang kosong pada mesin tenun.
stripping cablemelucutkan kabelSosiologiTiadaProses menanggalkan penebat pada kabel.
crown removerpenanggal koronaPerubatanTiadaAlat untuk menanggalkan korona tiruan daripada gigi.
nut driverpemutar natSosiologiTiadaAlat untuk menanggalkan dan memasang nat.
1234

Kembali ke atas