Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rang.kan] | منرڠکن

Definisi : 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menandakan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Kata adverba "sentiasa" menerangkan golongan perkataan yang mana? 1. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. Kata adverba "sentiasa" menerangkan perkataan "sahaja", atau menerangkan frasa sendi nama "di sini"? Di samping itu, apakah jenis golongan perkataan untuk perkataan "sahaja"?Adverba “sentiasa” menerangkan frasa sendi nama di sini.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan 1. "menerangkan" adakah perkataan ini ialah kata kerja transitif atau tak transitif? Selepas menerangkan, mestikah diikuti dengan objek? Contoh : i) Cikgu Hanif menerangkan tentang bentuk muka bumi kepada murid-murid. ii)Cikgu Hanif menerangkan bentuk muka bumi kepada murid-murid. Ayat yang mana betul, i atau ii ? 2. Perkataan "berisi" Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, berisi bermaksud :3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; Dalam keadaan ini, selepas perkataan berisi, perlukah diikuti dengan perkataan "dengan"? Contoh : i) Saya menatang dulang yang berisi dengan makanan. ii) Saya menatang dulang yang berisi makanan. Ayat mana satu yang betul, i atau ii ? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada tuan.

1. Perkataan menerangkan merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Mengikut Kamus Dewan Perdana, berisi dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud ada seseorang atau sesuatu  di dalamnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)
Tatabahasa24.11.2021
salam, yang manakah benar " menerangkan secara terperinci" atau " menerangkan dengan terperinci"?Kedua-dua frasa tersebut betul.Tatabahasa06.03.2012
Ingin menerangkan pada sahabat atau Ingin menerangkan kepada sahabat?Ingin menerangkan kepada sahabat.Tatabahasa20.09.2011
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat.Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Manakah yang betul? Cikgu Azimah menerangkan tentang tujuan aktiviti itu dilakukan. Cikgu Azimah menerangkan akan tujuan aktiviti itu dilakukan.Ayat yang betul ialah  Cikgu Azimah menerangkan tentang tujuan aktiviti itu dilakukan.Tatabahasa08.08.2019
Bolehkah perkataan seperti menggambarkan, menjelaskan dan menerangkan digunakan bagi menggantikan perkataan ialah dan merupakan. Contoh: Proses kehamilan menggambarkan/menerangkan/menjelaskan tempoh pembentukan janin dalam rahim ibu. Kebiasaannya kita dengar, Proses kehamilan ialah/merupakan tempoh pembentukan janin dalam rahim ibu.

Perkataan menggambarkan, menjelaskan dan menerangkan tidak sama maksud bagi perkataan merupakan atau ialah. Menggambarkan merujuk kepada gambaran, menerangkan merujuk penerangan dan menjelaskan merujuk kepada penjelasan. Oleh itu, ayat tersebut kurang tepat untuk digunakan jika digantikan dengan perkataan merupakan atau ialah. 
Tatabahasa07.02.2021
Apa adjectif yang sesuai untuk menerangkan pisang muda dan mangga muda?
Menurut data kami, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama (seperti besar, tinggi, merah, muda, tua); kata sifat. Sehubungan dengan itu, frasa pisang muda dan mangga muda adalah betul.
Tatabahasa22.05.2018
Bolehberikan contoh kata adverba yang menerangkan kata nama dan frasa nama? Keempat-empat kata adverba yang saya belajar secara spesifik tiada menyentuh kata adverba yang menerangkan kata nama atau frasa nama. Terima kasih.Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.

Contoh ayat:

Hari jadinya ialah hari esok.

Dalam ayat di atas, kata adverba "esok" hadir sesudah kata nama "hari".
Tatabahasa21.01.2016
Boleh terangkan kepada saya dengan lebih mendalam mengenai hukum D-M beserta dengan cara penggunaannya.

Saudara,

Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : orang(diterangkan)besar(menerangkan); guru(diterangkan)bahasa(menerangkan); lampu(diterangkan) minyak(menerangkan). 

Tatabahasa09.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas