Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rang.kan] | منرڠکن

Definisi : 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menandakan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
pengimbas keselamatan rangkaian yang dibina untuk memudahkan pemantauan rangkaian oleh pentadbir sistem komputer. Perisian ini boleh mengenali beberapa masalah keselamatan yang wujud dan melaporkannya kepada pentadbir sistem. Perisian ini akan menerangkan kesan dan bahaya bagi setiap masalah yang ditemui dan memastikan masalah ahli godam alat pentadbir keselamatan untuk menganalisis Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 4 6/6/11 4:01:25 11 4:01:28 PM 11 antara muka get laluan sepunya (Ig. common gateway interface (CGI); Br. antara muka get laluan sepunya (CGI); Id. antarmuka gerbang bersama) Set peraturan yang menerangkan cara pelayan web berkomunikasi dengan sesuatu perisian pada sesuatu mesin dan sebaliknya. Sebarang perisian boleh menjadi atur cara antara muka get laluan sepunya, sekiranya perisian tersebut boleh mengendalikan input dan

Kembali ke atas