Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acaraNoktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk.Lain-lain22.04.2021
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan 1. "menerangkan" adakah perkataan ini ialah kata kerja transitif atau tak transitif? Selepas menerangkan, mestikah diikuti dengan objek? Contoh : i) Cikgu Hanif menerangkan tentang bentuk muka bumi kepada murid-murid. ii)Cikgu Hanif menerangkan bentuk muka bumi kepada murid-murid. Ayat yang mana betul, i atau ii ? 2. Perkataan "berisi" Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, berisi bermaksud :3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; Dalam keadaan ini, selepas perkataan berisi, perlukah diikuti dengan perkataan "dengan"? Contoh : i) Saya menatang dulang yang berisi dengan makanan. ii) Saya menatang dulang yang berisi makanan. Ayat mana satu yang betul, i atau ii ? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada tuan.

1. Perkataan menerangkan merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Mengikut Kamus Dewan Perdana, berisi dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud ada seseorang atau sesuatu  di dalamnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)
Tatabahasa24.11.2021
Mohon pengesahan. Ayat : Maklumat terperinci seperti di Rajah 1-1. 1) Penggunaan yang betul bagi ayat diatas : "Maklumat" atau "Penerangan" atau "Keterangan". 2) Penggunaan bagi merujuk rajah "di Rajah 1-1" atau "pada Rajah 1-1" atau "dalam Rajah 1-1"

1) Merujuk Kamus Dewan maklumat sama maknanya dengan pemberitahuan, pengumuman dan keterangan, manakala penerangan bermaksud menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut berdasarkan makna yang hendak disampaikan.

2) Penggunaan yang betul ialah  "pada Rajah 1-1" dan "dalam Rajah 1-1".

Tatabahasa21.08.2011
Tuan, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Kata adverba "sentiasa" menerangkan golongan perkataan yang mana? 1. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. Kata adverba "sentiasa" menerangkan perkataan "sahaja", atau menerangkan frasa sendi nama "di sini"? Di samping itu, apakah jenis golongan perkataan untuk perkataan "sahaja"?Adverba “sentiasa” menerangkan frasa sendi nama di sini.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  1">Tatabahasa06.12.2014
Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic?
Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan02.08.2021
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat.Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  1">Tatabahasa06.12.2014
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"?

1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak.

Tatabahasa06.12.2014
Mana satukah yang betul: 1. Buku itu mengandung tiga bab ATAU Buku itu mengandungi tiga bab. 2. Bergantung pada ATAU bergantung kepada 3. KOMERSIL atau KOMERSIAL 4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. 5. Perlu ke gunakan koma pada akhir baris setiap lirik lagu . Contoh: negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju, ATAU: negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju

Salam sejahtera,

1. Buku itu mengandungi tiga bab

2. Frasa yang betul ialah bergantung pada.

3. KOMERSIAL

4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. Kedua-dua ayat yang digunakan tersebut betul, namun penggunaan ayat yang pertama adalah lebih gramatis.

5. Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam, dan udang di pasar. Lazimnya tidak perlu diletak koma pada lirik lagu.

Tatabahasa24.11.2012
bagaimanakah cara penggunaan perkataan pernyataan dan penyataan yang betul dalam sesuatu ayat? Contoh : 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja.Kedua- dua ayat berikut adalah betul penggunaannya mengikut konteks (sekiranya ayat pertanyaan perlu tanda soal (?), dan sekiranya sebagai ayat penyata biasa (tidak perlu tanda soal). 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja.Tatabahasa27.10.2014
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung?Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk.Tatabahasa06.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas