Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perbezaan antara perkataan “kecil” dan “cilik” ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.

 

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan.

2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil.

3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita.

4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

 

Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu.

2. Rumah kecil itu milik saya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa19.01.2024
"diperkecilkan" atau "diperkecil" oleh golongan masyarakat. yang manakah betul?Kata terbitan yang betul ialah memperkecil dan mengecilkan, bentuk pasifnya diperkecil dan dikecilkan.Tatabahasa01.06.2015
saya nak tanya padanan bagi perkataan berikut. 1. Unprovoked 2. Trivial 3. TrivialiseMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan padanan bagi istilah unprovoked ialah tanpa diberangsangkan, trivial pula bermaksud remeh, dan trivialize bermaksud mengecilkan.Makna02.03.2017

Kembali ke atas