Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gastroplicationgastroplikasiPerubatanTiadaKaedah pembedahan untuk mengecilkan gaster yang lebih besar daripada normal dengan menjahitkan lipatan pada gaster ataupun membuangkan satu lipatan dindingnya.
pangarakat (Sel.)pangarakat (Sel.)KesenianTiada1. Teknik mengecilkan anyam mata punai untuk membentuk leher kurungan. 2. Lilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinusuri, ikat linampas dan sebagainya.
shoulder blockadang bahuSukanTiadaTindakan petinju mengecilkan ruang sasaran atau melindungi sasaran bagi mengelakkan tumbukan lawan secara menarik ke dalam bahagian bahu hadapan dan merapatkan dagu ke bahu tersebut.
dry milling methodkaedah mengisar keringVeterinarTiadaProses mengecilkan saiz partikel bahan makanan supaya nilai kebolehcernaan selulosa dan protein dapat ditingkatkan. Peralatan yang kerap digunakan dalam proses ini ialah tukul pengisar yang boleh diubah jaringannya untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian.
purilit (Du./Kdz.)purilit (Du./Kdz.)KesenianTiada1. Teknik mengecilkan anyam mata punai untuk membentuk leher kurungan. 2. Lilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinusuri, ikat linampas dan sebagainya.
zoom buttonpunat zumSosiologiTiadaPunat untuk membesarkan atau mengecilkan gambar.
force of decrementdaya susutanPentadbiran PerniagaanTiadaDaya yang mengecilkan bilangan sesuatu status umpamanya pekerja atau insured disebabkan oleh kematian, penyakit atau sebagainya.
cutter millpengisar potongFarmasiFarmaseutikPeralatan yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel bahan dengan menggunakan bilah. Contohnya bahan berserat dan granul kering. Dalam pengisar terdapat satu set bilah yang bercantum pada rotor dan satu set bilah lain yang dilekatkan pada badan pengisar. Pengisar ini menggunakan kaedah pemotongan. Lihat juga pemotongan.
hammer millpengisar tetukulFarmasiFarmaseutikPeralatan yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel dengan menggunakan tukul. Dalam pengisar terdapat satu set penukul yang bercantum pada rotor dan yang bergerak pada kelajuan yang tinggi. Terdapat pengayak bersaiz tertentu pada dasar pengisar yang akan menapis serbuk yang terhasil. Contohnya, bahan berhablur seperti garam batuan dan gula batu. Pengisar ini menggunakan kaedah hentaman. Lihat juga penghentaman.
roller millpengisar gilingFarmasiFarmaseutikPeralatan yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel dengan menggunakan penggiling. Penggiling menggunakan tekanan yang tinggi untuk menghancurkan bahan menjadi saiz yang lebih kecil. Contohnya, bahan berserat dan bahan berhablur. Pengisar ini menggunakan kaedah geseran.
1234

Kembali ke atas