Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.had.kan] | مڠحدکن

Definisi : 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.had.kan] | مڠحدکن

Definisi : menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUNDINGAN STRATEGI MENGEHADKAN

Rundingan Strategi Mengehadkan

Senjata (Strategic Arms Limitation Talks (SALT))

ialah satu siri mesyuarat antara Kesatuan Soviet

dengan Amerika Syarikat, yang berlangsung

antara tahun 1969 hingga tahun 1979. Kedua-dua

buah negara bertemu untuk cuba mengehadkan

pengeluaran dan pengedaran senjata nuklear.

UMUMUmum
AUTORITARIANISME

Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan

yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa

orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam

membuat keputusan. Negara autoritarian boleh

menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau

memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan

kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh

mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili

orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan

mengehadkan kebebasan individu.

UMUM 
PATOLOGI

Patologi ialah kajian tentang proses penyakit

ataupun sebarang keadaan yang mengehadkan

tenaga, jangka masa, atau kepuasan hidup.

UMUM 
MUZIK ALEATORI

Muzik aleatori ialah sejenis muzik yang

mempunyai bentuk khusus dalam gubahan yang

tidak ditentukan oleh penggubah. Penggubah

tidak akan menentukan kelangsingan nada, ritma

dan warna ton. Mereka hanya mengehadkan

bahan ini dan menyesuaikan sama ada dengan

prosedur chance atau penghibur yang akan

membuat persembahan untuk memilih dan

membentuknya.

UMUM 
KAMUS UMUMKAMUS UMUM, kamus yang tidak mengehadkan kata entrinya kepada kata daripada golongan atau jenis tertentu seperti kata dialek, kata sukuan, kata teknikal, kata slanga dan sebagainya. Biasanya kosa kata yang terkandung dalam sesebuah kamus umum merupakan kosa kata yang difahami oleh masyarakat umum sesuatu bahasa. Kamus umum dalam sesuatu bahasa lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu umum deskriptif dan umum standard.BAHASAPenerbitan
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 
ASQUITH, HERBERT HENRY

Asquith, Herbert Henry (1852–1928),

negarawan Inggeris yang berkhidmat sebagai

perdana menteri United Kingdom dari tahun 1908

hingga tahun 1916. Kerajaannya penting kerana Old

Age Pension Act (1908), National Insurance Act

(1911) dan Parliament Act (1911) yang mengehadkan

kuasa Dewan Pertuanan.

UMUM 
MONTFORT, SIMON DE

Montfort, Simon de (1208?–1265), negarawan

dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan

kepada perkembangan kerajaan berparlimen di

England. Dia dikenal sebagai “Bapa Dewan Rakyat”.

Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh

sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort

ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal

kerana kesungguhannya untuk melaksanakan

pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah

ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort

mengetuai satu pemberontakan untuk

mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang.

Henry dan anaknya (kemudian Edward I)

mengangkat senjata untuk menentang, tetapi

Montfort menangkap kedua-duanya di

pertempuran Lewes pada tahun 1264.

UMUM 
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
12

Kembali ke atas