Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ruh.kan] | مڠروهکن

Definisi : menjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ruh.kan] | مڠروهکن

Definisi : 1 menjadikan (menyebabkan) keruh: Hujan lebat di hulu telah ~ air di hilir. 2 menjadikan tidak aman atau tidak gembira: Pertengkaran kecil telah ~ suasana di tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keruh1 (adjektif)
1. Dalam konteks air
bersinonim dengan berkeladak, berlumpur, kelorah, kotor, gelodar, bukat, berkelodak,
Berantonim dengan jernih

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan muram, suram, sugul, sedih, kusut,
Berantonim dengan jernih

3. Dalam konteks cuaca
bersinonim dengan mendung, redup, suram, muram,
Berantonim dengan cerah

4. Dalam konteks bahasa
bersinonim dengan kesat, kasar, pedas, tajam, tidak sopan, tidak tertib,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengeruhkan, kekeruhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai..Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my.Lain-lain30.09.2014

Kembali ke atas