Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.sah.kan] | مڠصحکن

Definisi : 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.sah.kan] | مڠصحکن

Definisi : menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah perkataan 'memperakui' dianggaplewah sedangkan perkataan 'memperakukan' tidak?Kedua-duanya betul dan dapat digunakan mengikut konteks makna ayat. Kedua-duanya berlainan makna. Memperakui bermaksud mengesahkan seperti mengesahkan sijil seperti yang asal, mengesahkan sesuatu tindakan yang dibuat betul menurut peraturan yang ditetapkan.
Memperakukan bermakna menyokong atau menyetujui seperti ketua jabatan menyokong kenaikan pangkat stafnya dan mengemukakan sesuatu itu sebagai baik seperti memperakukan penggunaan Tatabahasa Dewan kepada pelajar di sekolah antarabangsa. Jadi soal lewah tidak timbul jika penggunaan kedua-dua kata itu tepat menurut kehendak maksud ayat. Wallahualam.
Tatabahasa20.03.2016
Apakah perbezaan antara "menentusahkan" dan "mengesahkan"? Terima kasihMengesahkan bermaksud membenarkan (verify), manakala menentusahkan lazimnya digunakan sebagai terjemahan act of verifying.Makna09.11.2017
Bahasa kebangsaan "mengesahkan" kedudukan kumpulan utama dan "memberikan" kesedaran tentang identity budaya pada peringkat kebangsaan. 1) mengesahkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif? 2) adakah memberikan merupakan kata kerja transitif aktif?Kedua-dua perkataan "mengesahkan" dan "memberikan" ialah kata kerja aktif transitif kerana mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Tatabahasa24.03.2012
Tuan, adakah ayat "Guru pakar tersebut mengesahkan bahawa buku itu berkualiti." boleh disongsangkan menjadi "Bahawa buku itu berkualiti guru pakar tersebut mengesahkan." ? Adakah penyongsangan ayat majmuk pancangan komplemen dibuat dengan cara demikian?Ayat majmuk tersebut boleh diubah kepada ayat songsang menjadi mengesahkan bahawa buku itu berkualiti guru pakar tersebutTatabahasa17.12.2014
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "sahkan" dan "mengesahkan"? Sila berikan contoh. Sekian, terima kasih.Sahkan lazimnya digunakan dalam arahan atau kata perinta, seperti sila "sahkan kehadiran tuan", manakala mengesahkan bermaksud mengakui bahawa sesuatu benar, seperti beliau mengesahkan ketuanya akan berada di Tokyo selama empat hari.Tatabahasa11.03.2015
Tolong mengesahkan perkataan "GALERI PENGANTIN" adalah betul bagi papan iklan galeri pengantin saya. terima kasih.Perkataan GALERI PENGANTIN adalah betul. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan iklan.Tatabahasa18.07.2013
Sila mengesahkan penggunaan Bahasa Malaysia pada visual iklan papan tanda untuk permohonan pemasangan iklan ke Jabatan Pelesenan.Penggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain04.04.2012
sila mengesahkan pengunaan bahasa Melayu dalam iklan ini.Nama yang dipaparkan betul dari segi bahasa dan iklan ini boleh dikemukakan kepada pihak kami untuk pengesahan salinan asal.Lain-lain09.08.2010
Saya ingin mengesahkan penggunaan perkataan "dari" dan "daripada" dalam konteks penjualan hartanah. Dalam sebuah iklan, yang mana satu penggunaan perkataan yang betul? "Harga Dari RMxxx,xxxx" ATAU "Harga Daripada RMxxx,xxx"Frasa yang betul ialah "Harga daripada RMXXX,XXX". Tatabahasa08.02.2024
saya ingin mengesahkan terjemahan seperti dibawah adalah betul? kalau salah, mohon utarakan terjemahan yang betul. Organic Baked Beans in Tomato sauce = Kacang Panggang dalam Sos Tomato organik. Terima Kasih.Cadangan terjemahan yang betul ialah Kacang Panggang Organik dalam Sos TomatoPenyemakan dan penterjemahan20.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas