Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.ba.kan] | مڠهمباکن

Definisi : 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.ba.kan] | مڠهمباکن

Definisi : menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam karangan autobiografi, bolehkah kita sebut tuan aku menjadi tuanku? Terima kasih.Sila kenal pasti maksud "tuan aku" dalam konteks tersebut. Tuan ialah orang tempat menghambakan diri atau punya pemilik, manakala "tuanku" ialah tuan yang mulia (dalam percakapan dgn raja).Tatabahasa22.10.2014
Salam sejahtera.. Sekiranya merujuk kepada kamus, memang jelas bahawa perkataan-perkataan ini wujud dan mempunyai maksud yang tersendiri. Namun malangnya, apabila latihan tatabahasa dikemukakan. lain pula jawapan yang diterima: 1) memperakui - tidak wujud? 2) memperakukan - mengesahkah / certify 3) memperhamba - menjadikan seseorang sebagai hamba 4) memperhambakan - mengabdikan diri sebagai hamba 5) menghambakan (diri) - mengabdikan diri sebagai hamba 6) menghambai (??) - "tidak wujud"?? 7) mempersenjatai - memberikan/membekalkan senjata kepada 8) mempersenjatakan - tidak wujud 9) menghujani - mencurahkan/"bertanya" dengan banyak 10) menghujankan - melepaskan sesuatu Saya dimaklumkan bahawa perkataan "segala" adalah salah manakala perkataan "segala-galanya" adalah betul. Namun bukankah: 1) segala - semua 2) segala-galanya = semua-muanya (????)1) Memperakui = mengesahkan 
2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong
3) Memperhamba =  memperlakukan sebagai hamba
4) Memperhambakan =  menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada
5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 
6) Menghambai = mengabdi (kepada) 
7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata
8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 
9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak
10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak
11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap.
Tatabahasa28.09.2012
Salam sejahtera... Saya berasa hairan dan musykil tentang beberapa perkara. Lain yang tertera dalam Kamus Dewan, lain pula yang tertera dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Yang berikut ialah senarai jawapan yang saya terima daripada pihak DBP 1) Memperakui = mengesahkan 2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong 3) Memperhamba = memperlakukan sebagai hamba 4) Memperhambakan = menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada 5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 6) Menghambai = mengabdi (kepada) 7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata 8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak 10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak 11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap. Namun sekiranya merujuk kepada Tatabahasa Dewan 1) perkataan memperakui dianggap sebagai salah 2) memperakukan ialah certify = mengesahkan mana satu yang betul? Adakah maksud memperkawani ialah berkawan dengan? Adakah istilah memperkawankan wujud? manakah yang harus saya ikuti? Kamus Dewan ataupun Tatabahasa Dewan?Pertanyaan saudara akan kami rujuk kepada panel buku Tatabahasa Dewan. Cadangan kami dalam hal pengajaran, silalah merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar kerana Kamus Dewan ialah kamus umum yang merakamkan segala bentuk kata yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Kamus Dewan penting untuk mengetahui makna kata yang terakam. Jawapan pertanyaan saudara akan di-e-melkan kepada tuan dengan kadar segera.Tatabahasa04.10.2012
tolonglah saya !!!!! saya dah baca tatabahasa dewan banyak kali tetapi masih ada benda yang saya kurang memahami , persoalan saya APA BEZA DENGAN IMBUHAN APITAN ME-KAN DENGAN AWALAN ME ,,, BAGAIMANA CARA PENGUNAAN YANG BETUL MENGIKUT TATABAHASA BM,,, TOLONG TERANG DENGAN JELAS BERSAMA CONTOHNYA,,,,,,,,,,,, TOLONG SAYAAwalan meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contoh memasak, menyampuk dan sebagainya, manakala imbuhan apitan meN-...-kan terdapat dalam empat golongan kata, iaitu kata nama (KN), kata adjektif (KA), kata kerja (KK), dan kata tugas (KT) untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya menghambakan (KN), meninggikan (KA), membelikan (KK transitif ), menidurkan (KK tak transitif), dan membiasakan (KT). Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 191 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa17.06.2009
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua.

1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan  meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202.

2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208.

3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di  digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata.

4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286.

5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan.

Tatabahasa05.01.2010

Kembali ke atas