Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngung.gu.li] | مڠوڠݢولي

Definisi : mengatasi, melebihi (pihak lain): tiap-tiap golongan cuba ~ yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
unggul (adjektif)
Bersinonim dengan terbaik, ideal, teristimewa, terutama, ulung, johan, jempolan, semurung;,
Kata Terbitan : mengungguli, keunggulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) Kata denotasi yang mengungguli perkataan lain dalam penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. (a1) Kata denotasi yang mengungguli penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. SOALAN {1} Adakah ayat (a1) terhasil daripada pengguguran frasa "perkataan lain dalam"? SOALAN {2} Adakah kata kerja "mengungguli" digolongkan sebagai Kata Kerja Tak Transif(KKTT)? SOALAN {3} SEKIRANYA "mengungguli" dikira sebagai KKT, adakah ayat (a1) dianggap gramatis memandangkan objek "perkataan lain" digugurkan?

1.           1. Kata denotasi yang mengungguli perkataan lain dalam penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. Kata denotasi yang mengungguli penulisan bukan puisi juga hadir dalam puisi. Kedua-dua ayat ini ayat yang berbeza tetapi membawa maksud yang hampir sama dan ayat kedua lebih ekonomik.

2. Apitan meN-...-i seperti mengungguli ialah kata kerja aktif transitif.

3. 
Ayat gramatis dan penulisan bukan puisi sebagai objek.

Tatabahasa14.10.2020
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini.


gemerlap

kata adjektif
1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya:
Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap.


2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang:
Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu.


kata nama
3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll:
Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam.


4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst:
Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar.


Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut.
Lain-lain30.06.2021

Kembali ke atas