Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kusut1 bersimpul-simpul hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn benang dll); tidak kemas atau tidak bersikat (bkn rambut dll): Rambutnya ~ tidak bersikat. 2 ki tidak tenteram; kacau; rumit (bkn fikiran, keadaan dll): Fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah. mengusutkan 1 menjadikan kusut (bkn benang dll). 2 ki mengacau fikiran dll; merumitkan: Apa yg ~ fikiranmu? Ceritakanlah kpdku. kekusutan keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kusut I1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengusutkan1 menjadikan kusut (bkn benang dll). 2 ki mengacau fikiran dll; merumitkan: Apa yg ~ fikiranmu? Ceritakanlah kpdku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengusutkan1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyemak1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengacau1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengacau1. membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk; Bapa menolong emak ~ dodol. 2. menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3. menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan:Kenangan itu sering ~ fikirannya.Kamus Pelajar
semak1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kacau I1 tidak teratur; tidak kemas: Susunan buku dlm almari itu ~ sekali. 2 keadaan tidak aman; keadaan kucar-kacir; huru-hara: Datuk Bandar dan orang-orang besar telah mula berbuat ~. 3 tidak tenteram; kusut (bkn fikiran, perasaan dll): Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah itu. berkacau bercampur betul: Cat itu sudah ~. mengacau 1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya. kekacauan keadaan kacau; kerusuhan: Selepas itu, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. pengacau 1 orang yg membuat kacau; pengganggu keamanan dll. 2 alat (spt senduk) yg digunakan utk mengacau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kacau1. tidak teratur; tidak kemas:Susunan buku dlm almari itu ~ sekali. 2. keadaan tidak aman; keadaan kucar-kacir; huru-hara:Datuk Bandar dan orang-orang besar telah mula berbuat ~. 3. tidak tenteram; kusut (bkn fikiran, perasaan dll): Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah itu. berkacau bercampur betul: Cat itu sudah ~. mengacau 1. membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk; Bapa menolong emak ~ dodol. 2. menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3. menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan:Kenangan itu sering ~ fikirannya. kekacauan keadaan kacau; kerusuhan: Selepas tahun 1895, tidak ada lagi ~ yg berlaku di negara itu. pengacau 1. orang yg membuat kacau; pengganggu keamanan dll. 2. alat (spt senduk dll) yg digunakan utk mengacau. kacau-balau, = kacau-bilau sangat kacau. mengacau-balaukan, = mengacau-bilaukan menjadikan (menyebabkan) kacau-balau atau kacau-bilau.Kamus Pelajar

Kembali ke atas