Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.da.i] | منوداءي

Definisi : 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, mem­perkosai: kehormatan Normah telah dinodai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.da.i] | منوداءي

Definisi : 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Per­buata­nnya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
noda (kata nama)
Bersinonim dengan cacat, cela, aib, nista, malu, keji;,
Kata Terbitan : bernoda, menodai, ternoda, penodaan, penoda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010

Kembali ke atas