Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.gar.kan] | مڽݢرکن

Definisi : menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar: bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.gar.kan] | مڽݢرکن

Definisi : menjadikan segar atau menyebabkan menjadi segar; menyi­hat­kan; menyuburkan: Bersenam dan bermain-main dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segar (adjektif)
1. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, cergas, afiat, sejahtera, selesa,
Berantonim dengan lesu

2. Dalam konteks udara
bersinonim dengan nyaman, nikmat, sedap, selesa, seronok, enak, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan subur, banyak, biak, umbur, umbul,
Berantonim dengan layu

4. Bersinonim dengan rancak: cergas, hidup, tangkas, giat, lincah, sigap, pantas, cekatan, gancang, cerdas, aktif,
Berantonim dengan lemah

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terlekat, ada, kekal, terngiang-ngiang, terbayang-bayang,
Berantonim dengan lenyap

Kata Terbitan : menyegarkan, kesegaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tone (skin)menyegarkan (kulit)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
refreshing drinkminuman menyegarkanPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman ringan yang menghilangkan dahaga dan menyamankan badan seperti air buah-buahan.
devitalizing conditionskeadaan tak menyegarkanPendidikanTiadaTiada
analepticanaleptikKimiaTiada1. Mempunyai sifat-sifat yang boleh memulihkan atau menyegarkan. 2. Drug atau dadah yang mempunyai kesan menguat atau memulihkan kesihatan.
aromatic plantstumbuhan beraromaPertanianAgronomi

Tumbuhan yang mengeluarkan bau yang menyegarkan. Bau tersebut disebabkan oleh kandungan minyak yang terdiri daripada gelangan benzena. Contoh tumbuhan beraroma ialah serai wangi (Cymbopogon nardus) yang menghasilkan minyak sitronela yang diekstrak untuk membuat sabun wangi. Selain itu, minyak sitronela juga boleh digunakan sebagai penghindar serangga. Contoh yang lain ialah pudina (Mentha piperita) yang digunakan untuk menambah perisa kepada makanan.

tonictonikHerbaPemiawaianUbat atau cecair daripada ekstrak herba yang dapat menyegarkan, meningkatkan tahap kesihatan atau menguatkan badan. Contohnya, ekstrak akuas tongkat ali (Eurycoma longiolia) dijadikan tonik untuk memberikan tenaga dan menguatkan badan lelaki.
herbal mouth washbahan cuci mulut herbaHerbaTiadaLarutan herba yang digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan rongga mulut. Larutan ini dikumurkan dan kemudian dikeluarkan, dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih.

Kembali ke atas