Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ri.kan] | مڽريکن

Definisi : menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ri.kan] | مڽريکن

Definisi : 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floricultureflorikulturPertanianAgroteknologiBidang kajian yang berkaitan dengan tanaman bunga-bungaan untuk hiasan, sama ada yang dipotong untuk gubahan jambak bunga atau bunga hidup yang menyerikan taman dan landskap. Florikultur merupakan suatu bidang hortikultur yang tinggi nilai ekonominya kerana permintaan yang tinggi bagi keperluan di majlis-majlis perkahwinan, hotel dan pejabat. Jenis bunga-bungaan yang sesuai untuk tujuan ini termasuklah orkid, kekwa dan mawar. Bunga hiasan untuk landskap seperti alamanda, helikonia dan tulip pula digunakan secara meluas untuk menyerikan kawasan-kawasan bandar, rumah dan taman. Penyelidik dalam bidang ini juga sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk membiakkan dan menghasilkan bunga, serta cara untuk memelihara bunga di taman.

Kembali ke atas