Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.si] | مڽيسي

Definisi : 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke sam­ping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.si] | مڽيسي

Definisi : 1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laterally and vertically reversedterbalik menyisi dan menegakKomunikasi MassaTiadaTiada
kagi tsukitumbuk cangkukSukanTiadaTumbukan ke badan dalam keadaan menyisi.
quick-return flowaliran balik cepatKejuruteraanTiadaBahagian air hujan yang masuk ke lapisan-lapisan tanah atas dan bergerak menyisi masuk ke sungai. [KA]
berthmerapatPerikananTiadaPerbuatan menambatkan kapal di tepi pelabuhan. Kapal boleh dirapatkan ke pelabuhan dengan menggunakan pelbagai cara mengikut kesesuaian arus dan ruang pelabuhan. Kebiasaannya, seutas tali dibaling ke atas pelantar pelabuhan dari bahagian hadapan kapal dan kapal akan merapat perlahan-lahan ke tepi pelabuhan. Setelah bahagian hadapan kapal berada pada jarak yang sesuai daripada tepi pelabuhan, seutas tali lagi dibaling ke atas pelantar pelabuhan dari bahagian belakang kapal dan badan kapal merapat secara menyisi perlahan-lahan ke tepi pelabuhan. Setelah rapat, beberapa tali lain diikat di antara kapal dengan tepi pelabuhan supaya kapal berada dalam keadaan stabil bagi memudahkan penumpang turun-naik atau memunggah barang.

Kembali ke atas