Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sa/.kan] | مروسقکن

Definisi : menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sa/.kan] | مروسقکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Peribahasa

Menebas buluh serumpun (= seperdu).

Bermaksud :

Merosakkan nama kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM 
SABOTAJ

Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia-

Siakan atau merosakkan alat, mesin atau

pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan

ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja

Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke

dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di

Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah

digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan

sekerja berfahaman anarki.

UMUM 
RIBUT

Ribut biasanya merujuk kepada keadaan cuaca

yang tidak menyenangkan atau merosakkan yang

terdiri daripada hujan, salji, kerpasan sangat sejuk,

hujan batu, angin kencang atau gabungan

kesemuanya. Ribut adalah siklon atmosfera – iaitu,

kawasan tekanan rendah di keliling angin yang

berpilin ke dalam.

UMUM 
KUMBANG JEPUN

Kumbang Jepun ialah serangga yang

merosakkan rumput, pokok, tanaman dan

tumbuhan taman.

UMUM 
SISTEM PENANAMAN

Sistem penanaman ialah kaedah menanam

tanaman dan mengeluarkan hasil yang tinggi tanpa

merosakkan tanah. Ia melibatkan gabungan teknik

pengeluaran yang berbeza untuk menyediakan

penggunaan tanah yang paling baik. Dalam

menentukan tanaman dan kaedah pengeluaran yang

paling sesuai dengan tanah, peladang mesti

memastikan komposisi tanah, cerun, saliran dan

masalah hakisan tanah; dan sejarah penanamannya

yang lalu. Teknik pengeluaran seperti kaedah

penanaman yang berbeza, penggiliran tanaman, dan

penggunaan baja dengan betul dan racun perosak

digunakan dalam kombinasi yang berbeza untuk

membantu peladang.

UMUM 
DEMAM KUNING

Demam kuning ialah penyakit virus yang

dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini

merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan

ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing

berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan

baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul

dalam kulit.

UMUM 
KUPU-KUPU GIPSI

Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili

kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok

hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika

Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan

daun pokok daun lebar dan daun jejarum.

Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh

menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh

mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun

lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam

beberapa tahun berturut-turut. Beluncas

kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya

pokok oak.

UMUM 
LETUPAN DEBU

Letupan debu terjadi apabila awan yang sarat

dengan debu terbakar, menyebabkan pengeluaran

tenaga yang kuat. Letupan seumpama ini boleh

merosakkan harta benda dan membunuh manusia.

UMUM 
KETAKUPAYAAN PEMBELAJARAN

Ketakupayaan pembelajaran ialah

gangguan yang boleh menjejaskan perkembangan

kemahiran asas dan merosakkan keupayaan

seseorang kanak-kanak untuk belajar.

UMUM 
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
123

Kembali ke atas