Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sa/.kan] | مروسقکن

Definisi : menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sa/.kan] | مروسقکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Peribahasa

Menebas buluh serumpun (= seperdu).

Bermaksud :

Merosakkan nama kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tebas buluh serumpun.Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menebas buluh serumpun (= seperdu).Merosakkan nama kaum kerabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap seperti benalu.Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Koyak baju mahu ukur badan.Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti menendang landak.Menganiaya orang kecil, yang kemudian merosakkan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat.Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati berkapankan kain cindai, jangan kain kadut.Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang.Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas