Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sa/.kan] | مروسقکن

Definisi : menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sa/.kan] | مروسقکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Peribahasa

Menebas buluh serumpun (= seperdu).

Bermaksud :

Merosakkan nama kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
platinum contactsesentuh platinumKejuruteraanTiadaSesentuh yang dibuat daripada platinum dan digunakan tempat arus perlu selalu diputuskan kerana bunga api tidak merosakkan platinum sehebat ia merosakkan logam-logam lain.
hacktivismaktiviti penggodamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan.
vandalismlaku musnahKriminologiKeadilan JenayahTindakan memusnahkan, merosakkan atau mengotori harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Contohnya, perbuatan seperti menconteng lukisan mural pada bangunan kerajaan, atau merosakkan dan menconteng tempat duduk di dalam pengangkutan awam.
social criticismkritikan sosialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan terhadap gejala yang merosakkan masyarakat dalam teks sastera. Kritikan sosial berdasarkan fahaman bahaw sesebuah karya itu mencerminkan kebobrokan masyarakat seperti yang difahami dan ditafsirkan oleh pengarangnya. Dalam sastera Inggeris, novel George Orwell bertajuk Animal Farm merupakan sebuah teks yang mengkritik sistem komunisme yang merosakkan masyarakat. Dalam sastera Melayu pula, novel Patriach oleh Shahnon Ahmad mengkritik kuasa pemimpin yang menyeleweng.
detrimentalmerosakkanKejuruteraanTiadaTiada
ifsadmerosakkan sebahagianPerniagaan IslamTiadaTindakan memecah, meretak atau memijak barangan individu atau syarikat lain yang menyebabkan sebahagian barangan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Contohnya, membocorkan tayar kereta atau memecahkan cermin kedai.
istihlakmerosakkan keseluruhanPerniagaan IslamTiadaPembinasaan terhadap barangan perniagaan milik individu lain yang menyebabkan keseluruhan barangan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Contohnya, meletupkan kenderaan, meruntuhkan bangunan atau memecahkan cermin.
breaking capacitykeupayaan putusTeknikElektrikKuasa, dalam kilovolt-ampere tau ampere, yang membolehkan pemutus litar atau suis memutuskan litar tanpa merosakkan peranti tersebut. keupayaan putus ini perlu diambil kira sebelum membuat pilihan peranti, kerana arus litar mungkin naik mendadak disebabkan litar pintas atau pertambahan pembekalan arus. Jika nilai kilovolt-ampere terlalu rendah, kuasa akan merosakkan peranti jika arus yang melebihi kadarnya mengalir ke dalam peranti tersebut.
orrodekakisPerubatanTiadaMerosakkan bahan atau tisu secara perlahan dengan aktiviti kimia atau elektrokimia keadaan sekeliling.
corrosivemengkakis; bahan kakisPerubatanTiada1. Merosakkan tisu atau struktur.,2.Bahan yang berkeupayaan menyebabkan kakisan.
12345678910...

Kembali ke atas