Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eosinophileosinofilPerubatanTiadaSel darah putih yang mengandungi nukleus dwilobus dan granul sitoplasma yang dapat diwarnai oleh pewarna asid seperti eosin. Sel ini merupakan 1.5% daripada jumlah leukosit. Bilangan sel ini meningkat dalam keadaan aiergi, seperti asma dan demam debunga.
1-1 heat exchangerpenukar haba 1?1KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi.
T-1T-1Teknologi MaklumatTiadaT-1 bermaksud talian jauh paras 1. T-1 ialah satu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 1.544 Mbps . T-1 menyediakan sebanyak 24 saluran suara yang setiap satunya berkelajuan 64Kbps. Ia merupakan talian telefon biasa yang terpantas untuk disambungkan ke Internet. Teknologi ADSL dan HDSL dilaksanakan di atas talian T-1. T-1 adalah piawaian pemancaran data untuk Amerika Utara yang berasaskan hukum Mu (µ).
chlorineklorinKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida.
power setset kuasaMatematikTiadaSet yang unsur-unsurnya merupakan semua subset bagi satu set tertentu. contoh: Katalah seti A = {1, 2, 3}. set kuasa bagi A ialah { φ, {1}, {2}, {3}, {1, 2}, {1, 3}, {2, 3}, A}.
prime factorfaktor perdanaMatematikTiada1. Faktor yang merupakan nombor perdana. Misalnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18. 2. Faktor fungsi yang tidak dapat difaktorkan selanjutnya. Misalnya, (x-1) ialah faktor perdana bagi (x4-1), tetapi (x2-1) bukan faktor perdana bagi (x4-1).
hydrosolhidrosolFizikNanoteknologiKoloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air.
consecutiveberturutanMatematikTiadaBerkaitan dengan sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contoh: (i) Diberi jujukan a1, a2, a3, ..., maka a10, a12, a13 merupakan 4 sebutan berturutan. (ii) 5, 6, 7, 8, 9 merupakan 5 nombor asli berturutan (iii) -3, -2, -1, 0, 1, 2 merupakan 6 integer berturutan.
hypertext transfer protocol (HTTP)protokol perpindahan hiperteks (HTTP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan.
joulejouleKimiaTiadaUnit tenaga dan kerja dalam sistem meter-kilogram-saat. Satu joule, J, merupakan kerja yang dilakukan apabila daya 1 newton menyesarkan titik tempat daya itu bertindak sejauh 1 meter mengikut arah tindakan daya mengikut arah tindakan daya tersebut. 1 joule juga ditakrifkan sebagai kerja yang dilakukan dalam masa 1 saat oleh arus 1 ampere yang mengalir melalui kerintangan 1 ohm.
12345678910...

Kembali ke atas