Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermim­pi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan­bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diper­oleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana ter­ingat-ingat atau terkenang-kenang akan se­suatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm inga­tan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mus­tahil); impi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimpi (kata nama)
Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi, maya, rasian;,
Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Siang menjadi angan-angan,
     malam menjadi buah mimpi.

Bermaksud :

Tak pernah dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nightmare disorderkecelaruan mimpi ngeriPsikologiPsikologi UmumKecelaruan tidur yang dicirikan oleh kekerapan mimpi buruk. Dalam mimpi tersebut, individu biasanya berada dalam suasana yang membahayakan atau mengancam kehidupan khususnya pada bahagian kedua peringkat tidur, iaitu pada peringkat gerak mata cepat (REM). Mimpi ini akan mempengaruhi kesejahteraan hidup individu tersebut. Semua individu berkemungkinan mengalami mimpi buruk tetapi mereka yang menghidapi kecelaruan mimpi ngeri akan mengalaminya dengan kerap. Kecelaruan ini dinyatakan dalam DSM-IV nombor 307.47. Sinonim kecelaruan kebimbangan mimpi ngeri.
dream analysisanalisis mimpiPsikologiPsikologi UmumPendekatan dalam psikoanalisis atau psikodinamik yang menganalisis mimpi dengan menginterpretasikan simbol-simbol yang dinyatakan oleh klien. Menurut Freud, mimpi merupakan jalan atau cara terbaik untuk mengakses konflik, impuls atau keinginan yang tersembunyi jauh ke dasar alam tidak sedar. Sesetengah simbol itu bersifat universal dan mudah diinterpretasikan seperti objek tajam melambangkan simbol falik dan air yang mengalir melambangkan kelahiran. Sementara, simbol lain yang begitu khusus terpaksa diinterpretasi melalui proses asosiasi bebas. Sinonim terapi psikodinamik.
dream anxiety disorderkecelaruan kebimbangan mimpi ngeriPsikologiPsikologi UmumLihat kecelaruan mimpi ngeri.
nightmaremimpi ngeriPerubatanTiadaTiada
nightmaresmimpi ngeriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
dreamimpian; mimpiKesusasteraanTiadaTiada
dream allegoryalegori mimpiKesusasteraanTiadaTiada
dream analysisanalisis mimpiPsikologiTiadaTiada
البلوغ بالاختلامbaligh mimpiAgama IslamFiqhSampai umur dengan bermimpi dan keluar mani.
dream imagesimej mimpiKesenianDrama dan TeaterGubahan adegan yang memperlihatkan unsur bayangan kejadian yang terpilih dan bernilai dramatik.
123

Kembali ke atas