Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi "oil seeds"?Minyak biji atau minyak biji benih atau terdapat padanan yang lain.Padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

seed oil - minyak biji

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Apakah padanan bagi "diesters"?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

diesters - diester

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.08.2021
apakah padanan implosion?Padanan bahasa Melayu bagi istilah implosion ialah ledukan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.07.2023
Apakah padanan bagi "Methylphytylnapthocchinonum".Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

methylphytylnapthochinonum - metilfitilnaftokinonum

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.09.2021
Apakah padanan "fiefdom"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah fiefdom ialah tanah kurnia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Apakah padanan bahasa Melayu bagi "horse leader"?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

horse leader - pengendali kuda

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah24.06.2022
Apakah padanan bagi "calcium glyconate"Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

calcium glyconate - kalsium glikonat

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.08.2021
Apakah padanan bagi 'Aminosulfone metabolite'?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

aminosulfone metabolite - metabolit aminosulfon

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain24.08.2021
Apakah padanan bagi "legumes" or "pulses". Melalui semakan kami, kedua-duanya boleh membawa maksud "kekacang". Walau bagaimanapun kami ingin menggunakan padanan yang berbeza iaitu "legume" dipadankan dengan "legum" dan "pulses" dipadankan dengan "kekacang".Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

legume - legum/kekacang
pulses - kekacang

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Apakah padanan "Oceanfront"? Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah oceanfront ialah pinggir laut. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
12345678910...

Kembali ke atas