Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh­-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
artificial variabelvariabel palsu/peubah palsuTiadavariabel palsuEkonomi
pseudoglandkelenjar palsukelenjar palsukelenjar palsuVeterinar
false colourwarna palsuwarna palsuwarna palsuAeroangkasa
false acetabulumasetabulum palsuasetabulum palsuasetabulum palsuPerubatan
false consciousnesskesadaran palsukesedaran palsukesedaran palsuSains Politik
feigned psychosispsikosis palsupsikosis palsupsikosis palsuPerubatan
feigned disabilityketakmampuan palsuketakupayaan palsuketakupayaan palsuPerubatan
false nodulebintil palsubintil palsubintil palsuPertanian
spurious correlationkorelasi palsukorelasi palsukorelasi palsuBiologi
false attributeatribut palsuatribut palsuatribut palsuBiologi
12345

Kembali ke atas