Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan ke­dudukan dlm kerja (di pejabat, dlm keten­teraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) ke­lulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, se­darjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, ber­susun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melan­tik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, dar­jah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, peng­angkatan, pelantikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1 tingkat pd tangga atau pd sesuatu yg bersusun-susun. 2 tingkat rumah. berpangkat-pangkat bersusun berlapis-lapis; bertingkat-tingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari, dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mendapat ~ pertama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,

Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tam[tAm]kata namapangkat bapa saudara atau ibu saudara yang keenam. Panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok tam), nenek saudara (tok tam), bapa saudara (pak tam), emak saudara (mak tam) yang menduduki tempat keenam dalam susunan sesuatu keluarga.Hang nak ikot Pak Teh ka Pak Tam?[hAN nA/ i.kot pA/ tEh kA pA/ tAm]Engkau nak ikut dengan Pak Teh atau dengan Pak Tam.

Kembali ke atas