Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawa­san paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
SwampPayaPertanianTiadaHabitat tumbuhan yang termasuk hutan paya bakau, paya gambut, paya lumpur dan paya bermusim. Spesies tumbuhan yang tumbuh di habitat ini mempunyai ciri penyesuaian tersendiri seperti akar jangkang dan akar pernafasan.
swamppayaHerbaBotani dan BioteknologiHabitat tumbuhan termasuk hutan paya bakau, paya gambut, paya lumpur dan paya bermusim. Spesies tumbuhan yang tumbuh di habitat ini mempunyai ciri penyesuaian tersendiri seperti akar jangkang dan akar pernafasan.
dungun payadungun payaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Engelhardtia spp. daripada famili Juglandaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk paar dan teraling. Spesies utama kayu dungun paya termasuk Engelhardtia serrata dan E. spicata. Gubal kayu dungun paya berwarna kelabu, atau coklat kelabu dan tidak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah jambu muda dan menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus dan kasar, dengan ira yang bersimpul atau lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu dungun paya mudah diproses dan dikeringkan, tetapi mudah retak dan rekah.
inland swamppaya pedalamanGeografiTiadaPaya air tawar yang terbentuk di kawasan pedalaman.
mangrove swamppaya bakauGeologiTiadaPaya laut tropika atau subtropika yang dicirikan oleh pokok bakau yang amat banyak.
peat-marshpaya gambutGeografiTiadaKawasan paya yang mengandung reputan organan yang telah dimendapkan pada masa lampau.
freshwater swamppaya air tawarGeografiTiadaPaya yang terbentuk di kawasan pedalaman.
bog gardentaman payaLandskapTiadaKawasan berlandskap yang dibina di kawasan paya atau berair serta mengandungi tumbuhan yang sesuai dengan keadaan tersebut.
hardwood swamp foresthutan paya kayu kerasLandskapTiadaSejenis hutan pokok kayu keras yang terdapat di kawasan paya.
palustrinepalustrinGeologiTiadaBerkaitan dengan bahan yang tumbuh atau termendap di paya atau di persekitaran yang menyerupai paya.
12345678910...

Kembali ke atas