Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. dua kali seminggu / seminggu dua kali 2. pendingin udara /pendingin hawaJawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ayat tersebut betul, 2. pendingin hawa atau istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Lain-lain03.04.2010
(Pendingin hawa) di pejabat kami (rosak) akibat terkena (panahan petir) pada petang semalam. Dalam ayat ini ada kesalahan tak?

Berikut ialah cadangan pembetulan untuk ayat tersebut "Penyaman udara di pejabat kami rosak akibat terkena panahan petir pada petang semalam."

Lain-lain26.04.2022
Andy Iskandar TUE 10:08PM Salam.... Pendingin hawa ke penghawa dingin?? Klaw ikut saya.... saya pilih pendingin hawaIstilah yang betul merujuk persoalan tuan ialah pendingin hawa dan ini ialah istilah lama. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. Terima kasih.Istilah23.08.2016
Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP?Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah02.05.2012
Cikgu, "pendingin hawa" atau "penghawa dingin"?Yang betul ialah pendingin hawa.Istilah08.05.2014
penghawa dingin atau pendingin hawaYang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Istilah19.04.2009
pendingin hawa @ penghawa dingin ? Mana yg betul? Terima kasih.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah09.02.2011
Penghawa dingin atau pendingin hawa untuk istilah lama.Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah15.11.2014
Kita gunakan pendingin hawa atau penghawa dingin? Terima kasihIstilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah03.02.2016
pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betulIstilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah09.10.2012
123456

Kembali ke atas