Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nem.pa.tan] | ڤنمڤتن

Definisi : perihal menempati atau menempatkan: kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membeli-belah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nem.pa.tan] | ڤنمڤتن

Definisi : hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penempatan/petempatan1. proses menempatkan 2. tempatTatabahasa26.05.2009
Apa makna: 1. Penempatan 2. PetempatanBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini.Makna14.05.2013
buruh asing mengambil kesempatan dengan mendirikan (penempatan, petempatan) secara haram. tuan, penempatan atau petempatan yang betul?Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks.Tatabahasa27.01.2012
Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang.
Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan.
Tatabahasa06.09.2015
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini.Makna12.02.2012
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat.Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.Makna02.07.2012
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu'Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' Tatabahasa05.05.2011
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan?

Saudara,

Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. 

Lain-lain07.07.2010
Terjemahan "Strategic Positioning", kalau mengikut DBP ialah "Peletakan Strategik". Akan tetapi, carian google menunjukkan bahawa istilah ini jarang digunakan. Terjemahan yang sering digunakan ialah "Penempatan Strategik". Soalan saya, adakah "Penempatan Strategik" juga terjemahan yang betul untuk "Strategic Positioning"?

Menurut Kamus Dewan Perdana makna penempatan ialah perbuatan atau proses menempati atau menempatkan seseorang atau sesesuatu. Maksud ini boleh juga digunakan untuk merujuk pada perkataan”peletakan” dalam frasa “peletakan strategik”. Sekiranya maksud ini bersesuaian dengan konsep dan konteks "Strategic Positioning" padanan terjemahan frasa “penempatan strategik” juga boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan16.06.2023
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan bahasa Inggeris untuk istilah 'penempatan sementara'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "penempatan sementara" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "petempatan sementara" yang padanan bahasa Inggerisnya ialah temporary settlement. Penyemakan dan penterjemahan19.12.2014
1234

Kembali ke atas