Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nen.tuan] | ڤننتوان

Definisi : perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nen.tuan] | ڤننتوان

Definisi : perbuatan atau hal me­nentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENENTUAN EKONOMI UMUM 
PENENTUAN SENDIRIHak sesebuah negara untuk menentukan sendiri dasar-dasarnya.UNDANG-UNDANGKonsep
PERTEMPURAN TOWTON

Pertempuran Towton (1461) merupakan

pertempuran penentuan dalam Perang Ros.

Edward, Earl of March, telah mengisytiharkan

dirinya sebagai Raja Edward IV England selepas

kematian bapanya, Richard of York, dalam

Pertempuran Wakefield.

UMUM 
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GASNilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PERTEMPURAN GETTYSBURG

Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai

hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan

dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral

George G. Meade yang mengetuai tentera Utara

(Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan

Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera

Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua-

dua pasukan bersenjata bertempur secara

kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg,

Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila

briged gabungan menyerang pasukan berkuda

Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai.

UMUM 
AUTORADIOGRAFITeknik surihan radioaktif yang melibatkan penggunaan sebatian bertanda radioaktif yang disertakan ke dalam sel, tisu atau organ terutamanya dalam penentuan lintasan atau pengesanan patologi sel.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
TAINE, HIPPOLYTE ADOLPHE

Taine, Hippolyte Adolphe (1828 – 1893) ialah

intelektual dan pengkritik Perancis. Penerapan

falsafah faham penentuan kepada seni dan sastera

yang dilakukannya telah banyak mencorakkan sikap

para intelektual Perancis pada tahun 1800-an.

UMUM 
MIQAT

Miqat, penentuan waktu dan tempat untuk berniat ihram haji dan umrah.

AGAMAKonsep
NIER, ALFRED OTTO CARL

Nier, Alfred Otto Carl (1911–1994), ahli fizik

Amerika yang mendapat pengiktirafan setelah

menghasilkan spektrografi jisim dan penggunaannya

dalam penyelidikan nuklear. Dia mengkhusus dalam

kajian isotop (atom yang mempunyai unsur yang

sama dengan berat atom yang berbeza) dan

penentuan jisim yang tepat.

UMUM 
FARMASI

Farmasi ialah seni dan sains dalam proses penyediaan, pengawalan dan penentuan ubat yang digunakan oleh pesakit secara rasional, selamat dan berkesan.

UMUM 
12

Kembali ke atas