Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (ke­rana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas; berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam; memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; memengapkan menjadikan pengap, mele­maskan, menyesakkan; terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1 tidak segar udaranya kerana ruang terlalu sempit dll: Rumahnya itu ~ saja kerana tidak bertingkap. 2 berbau hapak. memengap 1 menutup rapat-rapat sehingga tidak masuk udara. 2 ki mengurung (menyembunyikan) diri: Sesekali pergilah bersiar-siar kerana tidak elok jika ~ di rumah saja. memengapkan menjadikan pengap. terpengap tertutup atau tersembunyi (dlm bilik dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengap (adjektif)
Bersinonim dengan sesak, lemas, susah bernafas;,
Kata Terbitan : memengap, memengapkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pengappengapMuzikTiada

 Lihat timang.

oral sealpengap mulutPerubatanTiadaPenutupan mulut dengan merapatkan bibir atas dan bawah.
peripheral sealpengap periferiPerubatanTiadaPengapan pinggir dentur dengan tisu terutama dentur penuh untuk membantu pegangan dentur.
palatal sealpengap palatalPerubatanTiadaPengapan pinggir posterior dentur.
border sealpengap periferiPerubatanTiadaSentuhan sempadan dentur dengan tisu di bawahnya dan sisinya untuk menghalang kemasukan udara atau bahan lain di bawah dentur.
marginal sealpengap pinggirPergigianTiadaPenutupan pinggir kaviti oleh bahan restorasi. Pengapan yang tidak baik boleh mengakibatkan pengumpulan makanan seterusnya menyebabkan karies berulang.
posterior oral sealpengap mulut posteriorPerubatanTiadaPengapan di bahagian posterior mulut melalui pemposisian lelangit lembut ke atas permukaan farinks dan lidah.
posterior palatal sealpengap lelangit posteriorPerubatanTiadaPengapan di sempadan posterior dentur, di pertemuan lelangit keras dan lembut untuk membantu pegangan.
Kerr's sealerbahan pengap KerrPerubatanTiadaTiada
Dampfer (G)DampferKesenianTiadaAlat pengap bunyi piano dan beberapa alat key board yang lain.
12

Kembali ke atas