Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ha.dan] | ڤڠحدن

Definisi : perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam.. "study limitation" = LIMITASI / PENGEHADAN / HAD / BATASAN/ PEMBATASAN kajian; manakah antara berikut yang bersesuaian ? Terima kasihMaksud yang sesuai bagi Study Limitation ialah  Pengehadan atau Pembatasan KajianMakna31.05.2016
Adakah padanan dalam BM utk ayat berikut sesuai? What patience! What suffering! What limitation! What restriction! Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah kerasnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu!Padanan terjemahan yang sesuai ialah Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah sempitnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu! Penyemakan dan penterjemahan10.09.2019
apa maksud limitasiLimitasi ialah pembatasan, pengehadan.Makna16.12.2009
Benarkah perkataan 'murid' hanya digunakan untuk murid sekolah rendah, manakala 'pelajar' merujuk kepada pelajar sekolah menengah?Murid lazimnya disebut anak murid orang atau anak yang sedang belajar atau berguru; atau disebut juga pelajar. Oleh itu, tidak ada pengehadan murid dan pelajar untuk tahap tertentu. Untuk maklumat lanjut lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=murid.Tatabahasa01.03.2012
Adakah perkataan "Special dietary foods with low sodium content including salt substitute" diberikan terjemahan yang betul dalam ayat di bawah ini? Special dietary foods with low sodium content including salt substitute 393A. (1) Special dietary foods with low sodium content shall be foods with special dietary value as the result from the reduction, restriction or removal of sodium and include salt substitutes with low sodium content. Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam 393A. (1) Makanan diet khas yang mempunyai kandungan natrium rendah ialah makanan yang nilai diet khasnya terhasil daripada pengurangan, pengehadan atau penyingkiran natrium dan termasuk pengganti garam yang mempunyai kandungan natrium rendah.Padanan bahasa Melayu “Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam” untuk ayat “Special dietary foods with low sodium content including salt substitute” adalah betul.Makna22.07.2021

Kembali ke atas