Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.tang] | ڤڠهوتڠ

Definisi : orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul penggunaannya Selenggara atau senggara Contoh ayat: Menyenggara daftar penghutang

Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Jadi, tidak salah kalau digunakan untuk menunjukkan maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. Harap maklum.

Makna31.07.2008
Mohon nasihat untuk terjemahan yang tepat untuk perkataan "ageing" dalam konteks "customer ageing report" atau "debtors ageing report" dalam istilah kewangan. Terima kasih.

Dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, padanan istilah bahasa Melayu untuk ageing ialah pengusiaan. Cadangan terjemahan ialah Laporan Pengusiaan Pelanggan dan Laporan Pengusiaan Penghutang.

 

Makna18.02.2011
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Dalam konteks pembiayaan perdagangan asing, istilah "avalisation" merujuk kepada tindakan pihak ketiga (biasanya bank atau institusi kewangan) untuk menjamin obligasi pembayaran oleh pembeli kepada penjual mengikut terma kontrak jualan, bil pertukaran dll. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "avalisation" - bolehkah "penjaminan" diterima?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

avalisation - avalisasi

Padanan ini merujuk kepada jaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang. Istilah ini sudah mantap digunakan di institusi perbankan dan kewangan.
Lain-lain10.02.2022
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Saya ingin bertanya sekali lagi soalan saya bertarikh 10 Februari 2022 yang belum berjawab: Dalam konteks pembiayaan perdagangan asing, istilah "avalisation" merujuk kepada tindakan pihak ketiga (biasanya bank atau institusi kewangan) untuk menjamin obligasi pembayaran oleh pembeli kepada penjual mengikut terma kontrak jualan, bil pertukaran dll. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "avalisation" - bolehkah "penjaminan" diterima? Harap boleh mendapat jawapan pihak DBP dalam masa yang terdekat, terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

avalisation - avalisasi

Padanan ini merujuk kepada jaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang. Istilah ini sudah mantap digunakan di institusi perbankan dan kewangan.
Lain-lain23.02.2022

Kembali ke atas