Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.tang] | ڤڠهوتڠ

Definisi : orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBANKRAPAN

Kebankrapan ialah proses undang-undang

yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat

membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap,

diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan

jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang.

UMUM 
MORATORIUM

Moratorium ialah penangguhan sah untuk

pembayaran hutang atau tanggungjawab

kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan

atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan

undang-undang terhadap hutang dan tidak

melepaskan penghutang daripada tanggungjawab

untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan

tarikh hutang yang perlu dibayar.

UMUM 
BANKRAP

Bankrap, keadaan apabila seseorang, syarikat atau pemilik perniagaan (penghutang) berada dalam keadaan tidak mampu membayar hutangnya, biasanya lebih besar daripada jumlah aset.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
OGLETHORPE, JAMES EDWARD

Oglethorpe, James Edward (1696 –1785),

orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan

Georgia Amerika. Dia lahir di London dan

mendapat pendidikan di Oxford University. Dia

memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun.

Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722.

Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang

yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan

hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat

membantu mereka dengan menubuhkan sebuah

tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada

tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu

menerima piagam daripada George II bagi tanah

jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah

di antara Sungai Savannah dengan Sungai

Altamaha.

UMUM 

Kembali ke atas