Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menguatkuasakan (undang-undang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin mendapatkan nasihat. Adakah perlu untuk menggunakan 'pegawai' iaitu pegawai penguat kuasa, atau memadai dengan 'penguat kuasa' sahaja memandangkan penguat kuasa itu merujuk kepada individu yang menguatkuasakan undang-undang. Terima kasih.
"Penguat Kuasa" dan "Pegawai Penguat Kuasa" boleh digunakan, namun, penggunaan kata ini berdasarkan konteks penggunaanya.
Lain-lain25.08.2022
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih.

Contoh ayat:

1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok.

2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga

3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan.

4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan.  

5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas.

Istilah22.06.2010
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasihMenurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) penguat+kuasa">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaanEjaan29.12.2015
Adakah terjemahan untuk enforcement office ialah - pegawai penguat kuasa atau - pegawai penguatkuasaTerjemahan yang betul bagi 'enforcement office' ialah pejabat penguat kuasa, manakala terjemahan bagi 'enforcement officer' pula ialah pegawai penguat kuasa.Makna02.01.2010
anggota penguat kuasa. (jarak atau rapatkan)Ejaan penguat kuasa ialah jarak.Ejaan26.07.2013
penguat kuasa atau penguatkuasa? Kad perlantikan atau Kad pelantikan?

Perkataan yang betul ialah penguat kuasa, kad pelantikan. 

Ejaan04.03.2009
Apakah ejaan yang betul bagi penguat kuasa? Ejaannya dijarakkan atau dirapatkan.Jawapan yang betul ialah "penguat kuasa"._Ejaan02.05.2023
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
Salam. Semakan di DBP kamus online, penggunaan ayat penguat kuasa mempunyai jarak antara penguat dan kuasa. Tetapi dalam penjawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Gred KP iaitu Penolong Pegawai Penguatkuasa dimana Penguatkuasa tiada jarak. Boleh saya dapatkan perncerahan berkaitan perkara ini?

Untuk makluman, kata dasar bagi perkataan penguat kuasa ialah kuat kuasa. Perkataan tersebut telah menerima imbuhan awalan. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah penguat kuasa. Walau bagaimanapun, perkataan kuat kuasa perlu dieja dengan satu perkataan sekiranya menerima imbuhan apitan, iaitu penguatkuasaan dan menguatkuasakan.

Tatabahasa08.02.2021
Assalamualaikum Tuan/ Puan. Apakah ejaan yang betul bagi penguat kuasa? Ejaannya dijarakkan atau dirapatkan? Khidmat Nasihat DBP memberikan jawapan yang bercanggah. Mohon pencerahan dan diharapkan dapat disemak semula jawapan-jawapan di Khidmat Nasihat kerana banyak jawapan yang bercanggah. Terima kasih.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah penguat kuasa yang membawa maksud orang (pihak, badan, dan sebagainya) yang menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dan sebagainya). 

Ejaan04.12.2020
12

Kembali ke atas