Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
side effectkesan sampinganHerbaPemiawaianKesan yang tidak diingini apabila ekstrak herba diambil secara berlebihan. Kesan sampingan termasuk rasa sakit, pening, loya dan tidak selesa. Contohnya, pengambilan ekstrak herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) secara berlebihan boleh mendatangkan rasa pening dan panas.
groggypening lalatPendidikanTiadaTiada
giddypeningPerubatanTiadaRasa berpusing-pusing dan tidak stabil di dalam kepala.
groggypening lalatSukanTiadaTiada
Coriolis effectkesan CoriolisAeroangkasaTiada2. Rasa pening dan mabuk yang dialami oleh angkasawan kerana menggerakkan kepalanya melawan arah putaran di dalam pesawat yang sedang berputar.
sea sickmabuk lautPerubatanTiadaRasa mual dan pening semasa berlayar.
hangoverpengarPsikologiTiadaKeadaan fizikal yang tidak menyenangkan seperti pening kepala, gangguan pada perut, muntah dan sebagainya kesan daripada pengambilan alkohol secara berlebihan seperti minuman keras.
Chinese restaurant syndromesindrom restoran CinaMakanan dan PemakananMakananSimptom sakit kepala, pening, berpeluh dan muka kemerah-merahan yang dialami oleh individu rentan yang mengambil monosodium glutamat atau bahan seumpamanya dalam jumlah yang banyak. Sindrom ini dikaitkan dengan pengambilan makanan cina.
Calabar beankacang CalabarKimiaForensikTumbuhan beracun daripada spesies Physostigma venenosum. yang boleh menyebabkan pening, pitam, muntah, cirit-birit, dan anak mata mengecil. Bahagian beracun tumbuhan ini ialah kacang yang mengandungi fisostigmina.
bubonic plagueplag bubonPerubatanTiadaPenyakit disebabkan oleh Yersimia pestis dan dicirikan dengan nodus limfa yang membesar, demam panas, meracau, takikardia, pening kepala yang kuat dan sakit otot menyeluruh.
12345678

Kembali ke atas