Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.suaian] | ڤڽسواين

Definisi : perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.suaian] | ڤڽسواين

Definisi : perbuatan atau hal menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, berdasarkan carian di laman prpm, istilah 'customization' dipadankan sebagai 'pelangganan'. Bolehkah saya tahu konteks penggunaan padanan ini dan bolehkah istilah ini ditukar ganti dengan 'penyesuaian'? Terima kasih.Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, istilah customized turut dipadankan dengan "tersuai".
Istilah customize membawa maksud membuat sesuatu mengikut tempahan atau pesanan.

Istilah adaptation/adjustment lebih tepat dipadankan dengan "penyesuaian".
Walau bagaimanapun, istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain16.07.2021
Bolehkah menggunakan 'flexibility' kepada fleksibiliti, 'adaptability' kepada penyesuaian, 'empowerment' kepada mewakilkan, dan 'consistency' kepada ketekalan?
1. Menurut data kami, padanan yang sesuai untuk perkataan flexibility ialah kefleksibelan atau fleksibiliti, adaptability ialah  kebolehsuaian, empowerment ialah pemberian kuasa atau pemerkasaan dan consistency ialah ketekalan.
Istilah22.05.2017
menjelaskan dasar-dasar atau peraturan yang digunkan dalam penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bhasa Eropah yang lain dalam bhasa Melayu

Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Soalan Sdr. akan saya jawab secepat mungkin selepasa saya mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan pertanyaan Sdr. Terima kasih

peminjaman unsur bahasa oleh sesuatu komuniti bahasa daripada bahasa-bahasa lain merupakan satu lumrah. Pinjaman boleh sahaja berlaku apabila berlakunya pertembunagnantara budaya. Walau bagaimana sekali pun berlakunya proses peminjaman atau serapan bahasa-bahas lain ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu, terdapat beberapa cara dilakukan dalam proses peminjaman tersebut. Antara caranya ialah mengambil terus kata daripada bahasa asalnya daripada segi ejaan dan sebutan. Kedua meminjam bahasa tersebut tetapi disesuaikan mengikut sebutan dalam bahasa Melayu dan mengambil ejaan daripada bahasa asalnya lalu disesuaikan dengan cara penutur asalnya menyebutnya.

Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih.

Tatabahasa24.08.2009
perkataan berlawanan dengan dinamik?Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif)Lain-lain02.08.2007
Apakah perbezaan di antara verifikasi dan pengesahan?Perkataan "verifikasi" merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=verifikasi&d=1Makna16.12.2015
Jelaskan maksud dinamika dalam kepimpinan wanita

Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai;

Makna22.07.2010
Salam sejahtera, maaf saya ingin bertanya tentang ejaan permainan kabaddi. Apakah ejaan yang sebetulnya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Cadangan ejaan perkataan kabaddi mengikut penyesuaian ejaan ialah kabadi.Ejaan13.06.2020
mengapa ejaan mee salah. mengapa mee tergolong dengan morfologiEjaan yang betul ialah mi. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, "ee" disesuaikan ejaan menurut peraturan penyesuaian huruf dan menjadi "i". Morfologi ialah bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan.Ejaan12.03.2012
SILA TERANGKAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TINGKAHLAKU MALADAPTIF BESERTA CONTOH-CONTOH TINGKALAKU MALADAPTIF DALAM DWI BAHASA.Padanan istilah bahasa Melayu bagi "maladaptive behaviour" ialah kelakuan salah penyesuaian/maladaptif. Untuk keterangan lanjut tentang istilah ini, sila dapatkan maklumat melalui buku-buku berkenaan tajuk tersebut atau hubungi IPTA/IPTS.Istilah24.08.2009
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih.Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan. 


Penyemakan dan penterjemahan02.05.2019
123456

Kembali ke atas