Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
peringkat-peringkat perancangan bahasa

Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh merujuk buku-buku seperti dibawah :

1. Warna dan suasana : perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2006

2. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia | Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1989

3. Pembinaan Bahasa Melayu - Perancangan Bahasa di Malaysia | Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1992

Lain-lain06.04.2008
Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa...Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa.Tatabahasa26.04.2010
Salam, saya ingin tahu kata sendi nama yang betul untuk ayat di bawah: Sukan badminton Malaysia mempunyai martabat yang tinggi (di/pada) peringkat dunia. Adakah penggunaan di/pada untuk kes ini (apabila digandingkan dengan istilah 'peringkat dunia/peringkat antarabangsa/peringkat negeri/sebagainya berbeza mengikut subjek ayat? Jika ya, apakah yang membezakannya? Terima kasih.Dengan berdasarkan penggunaan kata sendi nama di dan pada seperti yang dinyatakan di atas, didapati bahawa penggunaan kata sendi di dan pada dalam frasa di peringkat dan pada peringkat tidak jelas. Persoalannya ialah adakah peringkat menunjukkan konsep tempat atau keterangan waktu dan tempat? Yang jelas ialah peringkat bukan menerangkan tempat. Oleh sebab itu, penggunaan frasa sendi nama di peringkat tidak tepat. Peringkat bermaksud kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatnya. Sebagai kesimpulannya, frasa sendi nama pada peringkat lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama di peringkat.Tatabahasa19.01.2015
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" adalah betul? "Peringkat" ialah masa atau waktu, ini menandakan bahawa "peringkat" menerima kata sendi nama "pada"?Pada peringkat.Tatabahasa27.05.2014
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" lebih tepat berdasarkan tatabahasa? Pada pengetahuan saya, "peringkat" bermaksud tahap. Tetapi, adakah "tahap" ini melibatkan masa? Jika melibatkan masa, maka kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan perkataan "peringkat" kerana salah satu fungsi kata sendi nama "pada" ialah "pada" menerangkan waktu. Saya rasa bahawa frasa "di peringkat" tidak betul kerana kata sendi nama "di" hanya menunjukkan tempat, sedangkan perkataan "peringkat" tidak membawa maksud tempat. Berhubung dengan masalah ini, apakah pendapat cikgu?Fras yang betul ialah "pada peringkat". Penerangan yang tuan sampaikan itu betul.Tatabahasa04.08.2014
Bagaimanakah untuk membezakan "di peringkat" dan "pada peringkat"? Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa tiada jawapan yang tepat yang diberikan oleh pihak tuan kerana kadangkala pihak tuan menjawab bahawa "pada peringkat" itu betul, tetapi apabila sampai peringkat penggunaannya, pihak tuan menggunakan "di peringkat". Terima kasih.Frasa yang betul ialah "pada peringkat" kerana kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa01.10.2014
Pada peringkat / di peringkat?

Pada peringkat.

Tatabahasa07.12.2011
pada peringkat antarabangsa atau di peringkat antarabangsa?pada peringkat antarabangsaTatabahasa08.11.2010
1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif

1. jawapan yang betul ialah pada peringkat.

2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya

Tatabahasa13.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas