Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
directivity factorfaktor keterarahanFizikAkustikFaktor yang menentukan kesan arah pancaran bunyi dari suatu sumber, dan dirumuskan sebagai. (Gambar rajah) (J1 = fungsi Bessel jenis pertama peringkat 1; K = nombor gelombang: A = jejari sumber bunyi;) sudut bukaan antara sumber dengan pencerapan.)
associative stageperingkat gabunganSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada peringkat pertengahan, iaitu peringkat yang menggabungkan beberapa aspek kemahiran asas untuk menjadi satu kemahiran motor yang lebih kompleks. Pada peringkat ini, atlet telah menguasai kemahiran asas dan meliputi bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Atlet juga sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
supplybekalanTeknikElektrik1. Peringkat terakhir dalam sistem pengagihan elektrik sebelum peringkat pengguna. Biasanya, pada peringkat ini voltan bekalan akan diturunkan mengikut kehendak pengguna, misalnya 240kV dan 415kV. 2. Pemberian kuasa elektrik (voltan) ke sesuatu litar.
cognitive stageperingkat kognitifSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
autonomous stageperingkat autonomiSains SukanBiomekanik1. Peringkat penghasilan perlakuan kemahiran motor yang bersifat seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Pada peringkat ini, atlet telah mencapai kemahiran yang tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
modulatorpemodulat; modulatorKejuruteraanTiada1. Peringkat penghantar yang membekalkan isyarat modulatan ke peringkat penguat termodulat atau yang memicu penguat termodulat untuk menghasilkan denyut pada masa yang dikehendaki seperti di radar.,2. Peranti yang menghasilkan pemodulatan dengan apa cara pun.
gradeperingkat; gred, cerunPentadbiran PerniagaanTiada1. Peringkat: Tahap dalam sesuatu proses.,2. Gred: Satu siri bentuk pakaian.
maturitykematanganPerhutananPengurusan Hutan1. Peringkat umur ketika pokok atau tumbuhan telah terbentuk sepenuhnya, sama ada pada keupayaan pokok tersebut untuk menghasilkan buah ataupun telah mencapai umur yang sesuai untuk diusahahasilkan dari segi ekonomi. 2. Buah yang telah terbentuk sepenuhnya dari segi isi dan bijinya untuk tumbuh menjadi benih yang baru.
processingprosesanPentadbiran PerniagaanTiada1. Peringkat di dalam pemprosesan maklumat yang membolehkan data yang telah diinput, disunting, diisih dan dikelaskan.
records managementpengurusan rekodPentadbiran PerniagaanTiada1. Peringkat kerja di dalam pemprosesan maklumat yang mengurus, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat yang tersedia. 2. Cara sesebuah organisasi mengurus rekod dan surat-menyuratnya.
12345678910

Kembali ke atas