Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ra] | ڤرکارا

Definisi : 1 sesuatu yg mesti dikerjakan atau diselesaikan; hal: Ada ~ penting yg perlu saya bereskan sekarang. 2 sesuatu yg berlaku; kejadian; peristiwa: ~ pembunuhan itu telah dilaporkan kpd polis. 3 sesuatu yg ada sangkut pautnya dgn undang-undang atau yg perlu dibicarakan di mahkamah; kes: Beberapa orang yg terlibat dlm ~ rasuah itu telah menerima hukuman masing-masing. ~ berbangkit perkara yg ditimbulkan semula (biasanya dlm mesyuarat) setelah dibincangkan pd masa yg lalu. memperkarakan 1 menjadikan sbg perkara; mengadukan ke muka pengadilan: Hal yg remeh itu hendak diperkarakan ke mahkamah. 2 menjadikan sbg bahan pertikaian; mempertengkarkan: Masalah yg kecil itu usahlah diperkarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
red tapepita merahPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi.

articles of agreementperkara-perkara perjanjianPelayaranTiadaKontrak yang dibuat antara pelaut dengan majikan bagi sesuatu pelayaran.
articles of agreementperkara-perkara perjanjianUndang-undangTiadaTiada
articles of associationperkara-perkara persatuanUndang-undangTiadaTiada
loss exposurekehilangan perkara pokokinsuransTiadaKehilangan kepentingan seseorang terhadap perkara-perkara yang diinsuranskan.
political quagmirejerlus politikSejarahTiadaPerkara-perkara yang tidak sihat seperti perbuatan menjatuhkan orang lain, skandal dan sebagainya yang berlaku dalam arena politik.
tacit knowledgepengetahuan tersiratPengurusanPerancanganPerkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu.
bibliosophbibliosofPerpustakaanTiadaSeseorang yang mengetahui perkara-perkara tentang buku.
account structurestruktur akaunPentadbiran PerniagaanTiadaPerkara-perkara yang terdapat dalam proses penyediaan perakaunan seperti carta akaun, dokumen asal, jurnal, lejar, dan lain-lain.
accounting proceduretatacara perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaPerkara-perkara dalam susunan tertentu yang diamalkan dalam menyediakan penyata kewangan; seperti merekod urus niaga, mengasingkan data, meringkaskan data, menyelaras dan lain-lain.
12345678910...

Kembali ke atas