Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara berikut: 1.Bagaimana perkataan "terhadap" perlu digunakan: Jabatannya telah mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. (Adakah ayat ini betul)? Sikapnya terhadap pembelajran bahasa adalah terlalu negatif. (adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?). 2. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambahbaikkan sitem pendidikan negara. (adakah ayat ini betul?) 3. Baru-baru ini adik saya telah menerima tawaran yang menarik daripada syarikat itu. (betul?) Sekian, terima kasih. Peter Johnson peterj@streamyx.comKata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Penggunaan kata sendi terhadap dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat (2) dan (3) betul.Tatabahasa15.05.2008
Saya ingin membuat semakan bagi perkara-perkara berikut: 1. Ejaan maklumbalas atau maklum balas soal selidik 2. istilah faculty developer dan antecedent dalam Bahasa Malaysia 3. ejaan tindakbalas atau tindak balas

1. Ejaan yang betul ialah maklum balas.

2. Sila nyatakan dalam bidang apa dan konteks penggunaan istilah ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam mencari padanannya dalam bahasa Melayu.

3. Ejaan yang betul ialah tindak balas

Istilah20.03.2010
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih !

1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul.

3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) 

Tatabahasa25.05.2008
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat.
3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan.
4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa.
Tatabahasa29.11.2017
mohon bantuan berkaitan perkara berikut : 1. Telefon Bimbit - sebuah atau seunitPenjodoh bilangan yang betul ialah sebuah telefon bimbit.Tatabahasa11.11.2014
Salam sejahtera. Saya ingin minta pencerahan tentang 3 perkara berikut: 1. Penggunaan istilah 'petang' & 'malam': Untuk kata alu-aluan (ucapan pada pukul 7.30 malam), yang malam satu lebih tepat: a. Selamat 'petang' dan salam sejahtera... terlebih dahulu.. b. Selamat 'malam' dan salam .................. 2.Adakah tanggapan saya ini betul? a. 'baru' untuk 'just' dalam bahasa Inggeris b. 'baharu' untuk 'new' dalam bahasa Inggeris 3. Yang mana di bawah ini betul? a. berkait dengan isu ini... b. berkaitan dengan isu ini... c. berkait isu ini... d. berkaitan ini... e. tentang isu ini... Terima kasih.
  1. Penamaan tempoh masa dari 7.00pm hingga 11.59pm ialah malam.  2.    Kamus Dewan memberi makna <i style="mso-bidi-font-style: normal;">baharui> sama dengan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">barui>. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Baharui> ialah kata adjektif (dalam bahasa Inggeris ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal;">newi>) yang lazim kita temui dalam ayat <i style="mso-bidi-font-style: normal;">rumah baharui> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pelajar baharui>, manakala <i style="mso-bidi-font-style: normal;">barui> ialah kata bantu (dalam bahasa Inggeris ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal;">justi>) seperti dalam ayat <i style="mso-bidi-font-style: normal;">dia baru sampai dari Terengganui>. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa. 3. Frasa yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal;">...berkaitan dengan isu inii>....  dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">berkenaan dengan isu inii>.
Tatabahasa06.02.2015
1)Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah dan mengapa? - Semalam ibu dan ayah melihat contoh rumah di Perak. 2) Apakah kesalahan pada frasa di bawah? - "Lain-lain perkara"1. Contoh rumah kerana frasa yang betul ialah rumah contoh, iaitu rumah yang dijadikan contoh.
2. Frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
Tatabahasa10.07.2012
Tuan, Kementerian menerbitkan buku dwi-bahasa mengenai burung di Malaysia dengan tajuk Flying Wonders of Malaysia. Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkara berikut: 1. Flying wonders of Malaysia 2. Naturally occuring bird species 3. Vagrant bird species Terima kasih Naim 0173177207Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan bahasa Melayu dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2016
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara berikut: 1. Ada ataupun tidak perkataan 'perlantikan'. Hal ini kerana perkataan tersebut didaftarkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu tetapi tidak ada dalam Kamus Dewan Jilid 4. 2. Jika perkataan 'perlantikan' ada, persoalannya, adakah wujud perbezaan makna antara kata 'pelantikan' dengan 'perlantikan'? 3. Bagaimana hendak menentukan perkataan-perkataan yang boleh menerima imbuhan awalan 'pe...' dan 'per...' Sekian, terima kasih.

1. Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.

2. Cara yang mudah untuk mengenal perkataan yang menerima imbuhan peN-...-an dan peR-...-an adalah  dengan melihat bentuk kata kerjanya. Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR-...-an berasal daripada bentuk kata kerja yamg menggunakan awalan beR-, manakala kata nama yang menggunakan apitan peR-...-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan imbuhan meN-...-i atau meN-...-kan.  Contoh: perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba. Oleh sebab tiada bentuk melumba, maka tidak wujud bentuk pelumbaan.  

Walau bagaimanapun, terdapat juga bentuk-bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN-...-an dan peR-...-an. Hal ini kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan makna yang berlainan. Contoh: perpisahan berasal daripada kata kerja berpisah, pemisahan berasal daripada kata kerja memisahkan. 

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahsa Dewan Edisi Ketiga, halaman 132. 

Istilah13.05.2009
A. Perkataan atau istilah bahasa Malaysia bagi perkara berikut? 1. Orang yang menentukan jangka waktu sesuatu sarikata dipaparkan atau jangka masa video? (English: Timer) 2. Proses penentuan jangka waktu di atas? (English: Timing) 3. Orang yang membetulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa? (English: Editor) 4. Orang yang menghasilkan gaya tulisan atau video? (English: Typesetter) 5. Proses penghasilan gaya tulisan di atas? (English: Typesetting) 6. Tulisan bergerak bersama lagu (bahasa Jepun: Karaoke) 7. Orang yang mencantumkan video asal, audio asal, dan sarikata yang dibuat sendiri serta penambahbaikan video menjadi satu 'file' video baharu yang boleh ditonton di komputer biasa? (English: Encoder) 8. Proses percantuman di atas? (English: Encoding) 9. Orang yang mencantumkan video, audio dan sarikata ke dalam 'file' berformat .mkv yang selalunya tidak dapat dimainkan dan tidak dapat ditonton di komputer biasa? (English: Muxer) 10. Proses percantuman di atas? (English: Muxing) 11. Orang yang memeriksa semula video yang telah siap di-'encode' untuk memastikan kualiti terjaga? (English: Quality Checker) 12. Proses pemeriksaan di atas? (English: Quality Checking) 13. Orang yang mengedarkan video tersebut? (English: Distributor) B. Adakah perkataan 'efek' betul dari segi bahasa Malaysia dengan maksud 'kesan khas'? Adakah terdapat istilah lain untuk 'efek' ataupun ia sebenarnya membawa maksud yang berbeza? (English: Effect)

(1)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Timeri>-penjaga masa;(2)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Timingi>–tempoh masa;(3)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Editori>-Editor;(4)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Typesetteri>-pengatur huruf;(5)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Typesettingi>-mengatur huruf; (6)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Karaokei>-karaoke; (7)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Encoderi>-pengekod; (8) Encoding-pengekodan; (9) <i style="mso-bidi-font-style: normal">Muxeri> – pemultipleks; (10) <i style="mso-bidi-font-style: normal">Muxingi>-pemultipleksan; (11)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Quality Checkeri> – pemeriksa kualiti; (12)<i style="mso-bidi-font-style: normal">Quality Checkingi>-memeriksa kualiti; (13) <i style="mso-bidi-font-style: normal">Distributori>-Pengedar; (14)B. <i style="mso-bidi-font-style: normal">Effecti>-kesan; (15) <i style="mso-bidi-font-style: normal">Special effecti> – kesan khas.  

Istilah03.03.2014
12345678910...

Kembali ke atas