Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.suaian] | ڤرسسواين

Definisi : perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.suaian] | ڤرسسواين

Definisi : perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN 'PERPADUAN'Makna perkataan ini ialah penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll). Untuk mengetahui makna, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.02.2009
perpaduan

Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna perkataan ini, berdasarkan Kamus Dewan, perpaduan ialah  penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional;

Istilah07.06.2009
selamat petang.saya mahu tahu apa maksud perkataan seperti di bawah: 01.harmoni 02.etnik 03.kuasa 04.autoriti terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud harmoni ialah selaras dari segi muzik, 2. menunjukkan persesuaian atau persetujuan. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia. kuasa bermakna daya atau kemampuan. Autoriti bermakna kuasa atau hak. Untuk keterangan lebih lanjut dan mengetahui maksud sesuatu perkataan bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
Salam pihak DBP. Saya ada satu pertanyaan di sini. Apakah perbezaan di antara perkataan perpaduan dan kesepaduan?adakah ia mempunyai makna yang sama ataua makna yang berbeza? Saya ada mencari melalui carian google, terdapat satu carian yang menunjukka bahawa kedua makna perkataan ini mempunyai maksud berbeza Perpaduan-menjadi 1, berpadu, bergabung @bercampur sehingga kita tak mengenali bentuk asal Kesepaduan-seiring, bersama,selari @harmoni, tak bermaksud berpadu hingga hilang bentuk asalnya Adakah ini benar?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat kesepaduan bermaksud keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yang utuh.

Perpaduan pula bermaksud  penggabungan, peleburan; persesuaian, kecocokan; perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan.

Daripada maksud yang diberikan, makna kedua-dua hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks.
Tatabahasa16.11.2016

Kembali ke atas