Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan me­nyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih.

Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll).  Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya.

Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.12.2018
Assalamualaikum.... Saya ada dua pertanyaan: 1. Perkataan MANTAN dalam Kamus Dewan diperikan sebagai pernah memegang jawatan suatu masa dahulu. Benarkah makna asalnya ialah Mundar-Mandir Tanpa Jawatan? 2. Ramai yang menggunakan perkataan SADO untuk merujuk lelaki yang sasa. Adakah perkataan SADO dibentuk secara akronim? Jika benar, apa rangkai katan asalnya? Terima kasihTidak ada asal kata mantan dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan perkataan "sado" tidak ditemukan sebarang maklumat tentang kata tersebut, Antara kedua-dua kata tersebut, kata "mantan" banyak digunakan dalam konteks rasmi, manakala kata "sado" hanya digunakan dalam bahasa percakapan.   Istilah13.08.2015
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. 1) Ibu memarahi adik kerana memutuskan rantai mutiaranya ke rantai. Adakah memutuskan betul? 2) Sistem pengurusan di pejabat itu tidak cekap sejak akhir-akhir ini. Adakah ayat ini betul? 3) Permohonan untuk pertandingan syarahan itu kini dibukakan kepada semua pelajar. Adakah dibukakah betul? 4) "Penceramah jemputan kita belum sampai lagikah?" Adakah kah patut disingkirkan? Terima kasih

Ayat “Ibu memarahi adik kerana memutuskan rantai mutiaranya ke lantai.” dan “Sistem pengurusan di pejabat itu tidak cekap sejak akhir-akhir ini.” adalah betul. Ayat (3) perkataan yang betul ialah  dibuka. “Permohonan untuk pertandingan syarahan itu kini dibuka kepada semua pelajar.”  Manakala contoh ayat (4) "Penceramah jemputan kita belum sampai lagikah?", adalah gaya bahasa Melayu lisan di mana partikel tanya -kah biasanya diletakkan pada hujung ayat. Dalam bahasa tulisan partikel tanya -kah dalam ayat tersebut  boleh digugurkan, contohnya "Penceramah jemputan kita belum sampai lagi?" Ayat ini tergolong dalam ayat tanya tanpa kata tanya.  

 

Tatabahasa28.12.2021
Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya mempunyai 2 pertanyaan. 1. Apa perkataan yang sesuai digunakan untuk aktiviti menuba ikan dalam bahasa inggeris. 2. Dalam kamus kesihatan dan penyakit, apa perkataan yang boleh kita gunakan untuk tujuan BUANG ANGIN JAHAT DALAM BADAN dalam bahasa inggeris. Bantuan dari pihak DBp diucapkan ribuan terima kasih. SekianUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan, kecuali istilah atau data yang ada dalam sumber rujukan kami. Kami juga boleh membantu semakan hasil terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
Assalamualaikum, Pertanyaan, 1. Al-Quran Learning Centre atau 2. Quranic Learning Centre Istilah mana yang tepat untuk digunakan sebagai signboard pengajian?Bahasa Melayu perlu diutamakan sebagai keterangan utama visual papan tanda iklan. Berdasarkan pertanyaan di atas, padanan yang sesuai ialah Pusat Pengajian al-Quran.Lain-lain25.08.2020
Assalamualaikum.. Saya ada satu pertanyaan : 1) Sekiranya manuskrip berada pada status JKP, berapa lamakah masa yang diambil untuk ke proses seterusnya? Tarikh daftar manuskrip saya ialah 23/2/2010. Manakala tarikh status ialah 24/2/2012. Terima kasih.Waalaikummussalam sdr. Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.myLain-lain07.06.2012
Salam pertanyaan: 1. Mana satu betul Sukan Memanah Tradisional @ Sukan Panah Tradisional @ atau ada yang lain? 2. Aktiviti Tunggang Kuda?"1. Sukan Memanah Tradisional 2. Aktiviti Menunggang KudaEjaan09.12.2013
Salam. Pertanyaan 1 Perkataan manakah yang sesuai dan betul yang menepati tatabahasa antara PENGLIBATAN Ibu Bapa atau PELIBATAN Ibu Bapa untuk saya gunakan dalam penulisan penyelidikan saya. Pertanyaan 2 Saya sedang menulis penyelidikan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan Flipped Classroom. Istilah manakah yang sesuai untuk saya gunakan dalam penulisan penyelidikan saya bagi menggantikan perkataan Flipped Classroom. PEMBELAJARAN FLIP atau PEMBELAJARAN BERBALIK Mohon Khidmat Nasihat Terima KasihSalam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah penglibatan ibu bapa. Untuk pertanyaan soalan kedua, padanan istilah yang sesuai ialah kelas balikan.
Istilah23.08.2020
Saya ada 2 pertanyaan: 1. Adakah perkataan ku perlu dirapatkan seperti; bisikku atau bisik ku? ku tanya ? 2. tanda baya dalam dialog adakah perkataan selepas itu huruf besar atau kecil? "Jangan masuk ke dalam kelas." Dia/dia? "Apa nama awak?" Tanya Cikgu Ramlah ATAU tanya1. ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. Penggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima, kuingin, kubaca, rumahku, kekasihku, adikku dan sebagainya.

2. Soalan yang dikemukakan tidak difahami. 

3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tatabahasa bahasa Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa31.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas