Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ta.kan]/[per.wa.ta/.kan] | ڤرواتقن

Definisi : 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ta.kan]/[per.wa.ta/.kan] | ڤرواتقن

Definisi : perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
characteristic piece/character piece/ miniaturesmuzik perwatakanMuzikTiadaKarya piano solo Zaman Romantik. Muzik perwatakan merupakan salah satu daripada muzik program. Muzik perwatakan mempunyai tajuk deskriptif tentang sesuatu cerita atau suasana.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.
characterizationperwatakanKesusasteraanTiadaPerihal atau sifat pelaku dalam karya sastera.
characterizationpencirian; perwatakanKesusasteraanTiadaImej-imej manusia yang diimaginasikan penulis dicipta dengan begitu meyakinkan sehingga pembaca dapat merasakannya sebagai sesuatu yang nyata dan dari segi ukuran sesebuah cereka.
characteristic piecemuzik perwatakanKesenianTiadaGubahan instrumental pendek untuk piano yang merangsangkan sesuatu suasana.
heredity characterologyilmu perwatakan keturunanPsikologiTiadaTiada
schwachschwachMuzikTiada

Perwatakan muzik yang lemah. Contohnya, schwdcher ialah arahan kepada pemuzik supaya bermain dengan perwatakan muzik yang lebih lemah.

character complex (non-physical)kompleks perwatakanSosiologiTiadaTiada
archetypal criticismkritikan arketaipKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk.
quaselakuSejarahTiadaKeupayaan atau perwatakan yang dimiliki oleh seorang atau sesuatu benda.
12345678

Kembali ke atas