Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DDTDDTBiologiEkologiNama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
chlorineklorinKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida.
theriacapenawarFarmasiTiada1. Antidot terhadap racun. 2. Suatu ubat untuk semua penyakit.
arsenic poisoningkeracunan arsenikKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan unsur atau sebatian arsenic (As), iaitu unsur bukan logam yang merupakan pepejal berhablur. Bahan ini digunakan dalam racun semut, insektisid, racun rumpai, aloi, dan seramik. Dos maut bagi arsenik trioksida adalah lebih kurang 120 mg, bagi arsenik tak organik pula ialah 0.5 mg/m3 manakala bagi arsenik organik 0.1 g/kg - 0.5 g/kg. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan arsenik mengakibatkan loya, pening, kulit berwarna dan bersisik, kulit tebal, kurang selera makan, dan garis putih pada kuku jari, keabnormalan kardiovaskular dan kesan ke atas saraf. Bagi keracunan akut akibat pengingesan arsenik, gejalanya ialah sakit usus dan perut yang teramat, cirit-birit, muntah, bengkak pada kaki dan tangan, kemungkinan kerosakan buah pinggang, jantung dan organ lain, serta kejutan.
nanotechnologinanoteknologiPertanianAgroteknologiCabang sains yang memberikan tumpuan pada jirim-jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10?9 meter). Salah satu aspek skala nano yang terpenting ialah semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan yang baru termasuk dalam bidang pertanian. Nanoteknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor pertanian, kerana boleh digunakan dalam produk pertanian untuk melindungi tumbuh-tumbuhan, memantau pertumbuhan tumbuhan dan mengesan penyakit pada tumbuhan. Contohnya, penciptaan baja organik dengan menggunakan teknologi nanosel yang dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.
gamman BHCgamma BHCPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFormula C6H6CI6. Racun serangga sistematik dalam bentuk serbuk, atau flak berwarna putih, yang larut dalam pelarut organik. Racun ini yang nama umumnya Lindane merupakan pengawet kayu yang berkesan. Sin: 1,2,3,4,5,6-heksaklorosikloheksana.
quinonekuinonHerbaFitokimiaKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kefungsian keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan berganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya mempunyai warna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dan kefungsian keton. Kebanyakan sebatian kuinon digunakan sebagai bahan pewarna di samping berguna sebagai bahan ubatan dan racun kulat.
resistancerintanganPerubatanTiada1. Keupayaan semula jadi individu atau mikroorganisma untuk menghindar kesan-kesan buruk daripada agen toksik, seperti racun dan mikroorganisma patogen. 2. Dalam psikoanalisis, menghindarkan ingatan peristiwa buruk yang terpendam daripada muncul semula dan dirasai. Lihat juga represi (1).
phytotoxicfitotoksikBiologiFisiologi1 Berkaitan dengan fitotoksin atau racun tumbuh-tumbuhan. 2. Perencatan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
123

Kembali ke atas