Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gam] | راݢم

Definisi : I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku men­junjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa ber­dasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, laku­nya); seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll); menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; keseragaman perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna; penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; beragam, beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masya­ra­kat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri; meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; meragamkan menjadikan beragam, mem­buat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari; keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gam] | راݢم

Definisi : Jw bersatu hati, rukun; meragamkan mengeratkan persaudaraan (per­sahabatan dll), merukunkan; keragaman kedamaian, kerukunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gam] | راݢم

Definisi : 1 cara; tingkah laku; olah: Banyak orang, banyak ~nya. 2 jenis; macam: aneka (berbagai-bagai) ~ berbagai-bagai jenis. 3 lagu: Maka gendang pun dipukul oranglah, tujuh ~. 4 warna: kain tujuh ~. beragam-ragam bermacam-macam; berwarna-warna. meragam 1 bernyanyi; berlagu. 2 membubuh warna pd; mewarnai. 3 berperangai atau berkelakuan tidak menentu. seragam 1 sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. 2 sesuai; sepakat. menyeragamkan menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. keseragaman keadaan seragam. penyeragaman perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,

Puisi
 

Tak sabit ibu gendang kubimbit,
     Mari dipalu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Mana nak boleh turut bersama.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat tua menahan ragam.

Bermaksud :

Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulse mode multiplexmultipleks ragam denyutKejuruteraanTiadaProses atau peranti untuk memilih saluran-saluran dengan menggunakan ragam-ragam denyut.
constrainedterkekang; dikekangKejuruteraanTiadaDibatasi daripada bergerak pada ragam-ragam yang tertentu, termasuk terbatas sepenuhnya.
colloquialismragam basahan/ragam kolokialSosiolinguistikTiadaVariasi bahasa perbualan tidak formal, umumnya dianggap terkeluar daripada wacana atau kesusasteraan, walaupun penggunaannya meluas dalam ujaran harian.
literary mode of productionragam pengeluaran sasteraKesusasteraanTiadaPengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera.
input moderagam masukanKejuruteraanTiadaPada pilihan kongsi masa, ragam yang masuk, yang boleh menerima talian masukan yang berturutan, di bawah arahan EDIT untuk set talian data.
mode switchsuis ragamSosiologiTiadaSuis untuk memilih ragam atau sistem yang dikehendaki.
conversational moderagam perbualanKejuruteraanTiadaKaedah pengendalian apabila pengguna berkomunikasi secara langsung dengan komputer dan boleh mendapatkan sambutan segera terhadap masukannya. Sinonim: ragam saling tindak.
remote batchkelompok jauhKejuruteraanTiadaCara memasukkan kerja ke dalam komputer dari pangkalan jauh dalam ragam perbualan untuk pemprosesan kemudian dalam ragam pemprosesan kelompok.
vulcanicityragam gunung berapiGeografiTiadaTiada
volcanicityragam gunung berapiGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas