Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rakyat biasa (bukan drpd golongan bangsawan atau hartawan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rakyat biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : rakyat biasa (bukan dr golongan bangsawan atau hartawan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rakyat jelata yang bercakap dengan raja hendaklah guna "hamba" atau "patik"?Penggunaan yang betul ialah patik.Makna25.11.2013
1. Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan permaisuri menyebabkan ( ) sangat disenangi oleh rakyat jelata. A. beta B. beliau C. mereka D. baginda Adakah jawapan yang betul ialah mereka kerana ia digunakan dalam bentuk jamak, manakala baginda digunakan dalam bentuk tunggal.Jawapan yang betul ialah "Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyebabkan baginda sangat disenangi oleh rakyat jelata."Lain-lain05.08.2023
1Apakah perbezaan anatara "menyuap" dan "menyuapkan"? a. Saya menyuapkan nenek bubur. b. Saya menyuap nenek bubur. 2Adakah rakyat jelata yang bercakap dengan sultan boleh menggunakan "patik"? atau guna"hamba"? Sekian, terima kasih.1. Ayat yang betul ialah Saya menyuap nenek bubur dan Dia menyuapkan bubur ke dalam mulut anaknya. Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara menyuap dan menyuapkan serta konteks penggunaan kedua-dua kata tersebut.   
2. Rakyat jelata yang bercakap dengan sultan membahasakan dirinya patik.
Tatabahasa28.01.2015
Salam Sejahtera. Mohon pandangan tuan untuk soalan di bawah: "Mohon rakyat jelata mendoakan kesejahteraan.................." kata wakil istana kepada rakyatnya. Jawapan yang paling sesuai, "tuanku" atau "baginda"? Terima kasih atas penerangan nanti.Jawapan yang sesuai ialah "baginda"Lain-lain13.08.2014
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU?Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). Lain-lain25.03.2009
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih.Berikut ayat-ayat yang telah dipinda.

1. Dia tersenyum  apabila disapa.
2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas.
 3. Selitkan surat ini di bawah pintu.
4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja.
5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya.
6. Mereka sepakat dengan saya.
 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri.
8. Simpulan tali itu telah longgar.
9. Tembakan itu sipi.
10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma.
Tatabahasa13.03.2013
Jika 'tuanku' digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua untuk RAJA dan SULTAN, apakah kata ganti nama diri kedua yang sesuai digunakan oleh rakyat jelata atau bangsawan ketika berbicara dengan RANI/MAHARANI/RATU/SULTANAH/TENGKU AMPUAN/PERMAISURI atau siapa-siapa sahaja yang bertakhta dan berjantina perempuan?Berdasarkan rujukan kami, kata nama ganti diri yang kedua boleh digunakan ialah tuanku yang merujuk kepada raja atau sultan dan isteri baginda.Lain-lain30.01.2019
Minta tuan betulkan jika pernyataan di bawah ini ada kesalahan penggunaan kata ganti nama orang . Jika sesama pembesar , Penggunaan kata ganti nama (hamba..tuan hamba) . Jika pembesar dengan sultan/raja ( patik...tuanku). Jika rakyat jelata/biasa dengan sultan/raja (hamba atau patik ...tuanku). Terima kasih

Sila rujuk penggunaan kata ganti nama yang berikut:

hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.

patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata.

Tatabahasa10.05.2010
-apakah perbezaan kata antara patik dan hamba apabila rakyat jelata berbicara dengan raja atau sultan?

Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya.

Istilah18.01.2011
siapakah golongan marhaen?Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen.Makna04.10.2009
12

Kembali ke atas