Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ngup] | راڠوڤ

Definisi : 1. mudah pecah atau patah, rapuh: dinding zink minyak tar itu akan ~ dilanyak traktor; 2. pecahan: ~-~ tulang pecahan tulang; merangupkan menjadikan rangup (mudah pecah atau patah); kerangupan perihal (keadaan dsb) rangup: biskut yg dibakar sempurna utk ~ sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ngup] | راڠوڤ

Definisi : mudah pecah; rapuh: biskut yg ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan utk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangup (adjektif)
Bersinonim dengan garing, mersik, rapuh, repih, pohu;,
Kata Terbitan : merangkupkan, kerangupan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRA

SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan.  Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria.  Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering.  Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis.  Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup.  Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas