Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.krut] | ريکروت

Definisi : (rékrut) 1. anggota yg baru sahaja memasuki perkhidmatan tentera atau polis dan sedang menjalani latihan; 2. anggota baru bagi sesebuah pertubuhan atau badan; merekrut memasukkan (mengambil) ahli baru: kolej latihan guru dan akademik teologi juga lebih banyak ~ anak-anak drpd kelas pekerja pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.krut] | ريکروت

Definisi : /rékrut/ pelatih atau orang yg baru dlm pasukan tentera atau polis (terutamanya yg berpangkat rendah). merekrut mengambil sbg rekrut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekrut (kata nama)
Bersinonim dengan pelatih, kader, pelajar, penuntut, siswa, murid, amatur;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat ini. Orang Belanda Hitam adalah para rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda yang bertugas di Hindia Timur Belanda.Orang Belanda Hitam ialah rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda dan bertugas di Hindia Timur Belanda.Tatabahasa22.10.2014
Cadangan terjemahan untuk "boot camp" iaitu latihan ketenteraan yang sangat mencabar untuk rekrut baru?Tidak ada maklumat tentang boot camp dalam pangkalan data kami. Sila berikan kami konsep yang jelas tentang konteks penggunaan boot camp untuk kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan20.04.2015
1) Merupakan seorang pekerja atau ketua kampung yang berpengaruh di kampung asalnya dan perjalanannya ditanggung oleh majikan serta mendapat komisyen untuk setiap pekerja yang dibawa masuk atau rekrut oleh beliau. Saya ingin tahu siapakah yang dimaksudkan di dalam pernyataan tersebut? 2) Ejen Kerajaan India telah dilantik untuk menyiasat aduan pekerja dikenali sebagai? Terima kasih.

Harap maaf, pihak kami  tidak dapat memberi maklum balas tentang persoalan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Oleh itu, kami mencadangkan agar sdr. merujuk terus dengan Kementerian Sumber Manusia atau Kedutaan India di Malaysia 

Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Lain-lain11.11.2010

Kembali ke atas