Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tang­gal segala bahagian yg lembut dan isi batang­nya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tum­buh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). ~ fros kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wet rotreput basah; reput lembapKejuruteraanTiadaTiada
rot,decayreputPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan kayu yang terurai akibat serangan kulat dan mikroorganisama lain yang mengakibatkan perubahan warna dan tekstur kayu. Kayu yang diserang menjadi lembut, dan ini mengurangkan kekuatan dan berat kayu secara beransur-ansur. Ada dua peringkat reput, iaitu reput awal dan reput akhir.
soft-rotreput lembutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanReput pada kayu yang digunakan dipersekitaran air seperti di menara penyejuk dan bagan kapal. Reput ini disebabkan oleh serangankulat di atas
white rotreput putihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanReput berwarna putih pada kayu akibat serangan kulat pada semua juzuk kayu termasuk lignin. Bahagian kayu diserang akan bertukar daripada warna asal kepada warna yang lebih cerah. Bahagian yang diserang teruk kelihatan putih dengan jaluran berwarna gelap, dan biasanya berlaku penghakisan dinding sel kayu. Reput jenis ini mengurangkan kekuatan kayu dengan banyak.
unsound knotbuku reputPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBuku kayu yang mempunyai permukaan yang tidak pejal, dan lebih lembut daripada kayu di sekelilingnya kerana diserang kulat pereput. Sekirannya reput berlanjutan, bahagian tengah buku akan berlubang, sementara di kelilingnya menjadi reput. Buku ini dikelaskan sebagai cacat dan mengurangi kekuatan dan muta kayu.
branching decayreput cabangKejuruteraanTiadaReput cabang: Reputan satu bahan radioaktif kepada dua atau lebih mod.
brown rotreput perangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanReput berwarna perang pada kayu akibat serangan kulat pada bahagian selulosa dan hemiselulosa, tetapi tidak menjejaskan bahagian lignin. Serangan pada dinding sel tidak berapa ketara sehingga ke peringkat akhir pereputan apabila kesemua bahagian selulosa tercerna. Lignin yang tertinggal masih mengekalkan bentuk dinding sel asal.
decay ratekadar reput/kadar susutKejuruteraanTiada1. Bilangan nuklid yang reput per unit masa.
alpha decay energytenaga reput alfaKejuruteraanTiadaJumlah tenaga yang terhasil semasa proses reput alfa.
incipient decayreput awalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPeringkat pereputan yang berlaku pada bahan kayu pada peringkat awal serangan kulat pereput. Reput ini melibatkan perubahan warna yang sedikit pada pemukaan kayu tanpa mejejaskan sifat kekuatannya.
12345678910...

Kembali ke atas