Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.sau] | ريساو

Definisi : jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, ber­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk pe­rangai atau kelakuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pem­ba­ngunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
worry~ /about, over/, /risau, bimbang, runsing/ ttg: I am worried about my health, saya risau ttg kesihatan saya; she worries over little things, dia risau ttg perkara-perkara remeh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perturbed adj risau: he became more and more ~ as the hours went by, semakin waktu berlalu dia menjadi semakin risau; she is very ~ about her husband’s health, dia sungguh risau ttg keuzuran suaminya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
troubledadj 1. worried, a. (of person) risau, susah hati: he was rather ~ about his wife’s health, dia agak risau ttg kesihatan isterinya; b. (of face, look) kelihatan risau: a ~ expression on his face, wajahnya yg kelihatan risau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
troublevi 1. become mentally agitated, risau: you shouldn’t ~ over trifles, kamu jangan risau ttg perkara-perkara remeh; if you ~ about every little thing that goes wrong, you’ll never have peace, kalau kamu risau ttg semua hal kecil yg merupakan kesilapan, kamu tdk akan berasa tenang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worryvi be anxious, berasa /risau, runsing, bimbang/: You have no cause to ~. Everything is going well, Tdk ada sebab utk kamu berasa risau. Segala-galanya berjalan baik; what are you ~ing about now?, apa yg kamu bimbangkan sekarang?; Don’t ~. I’ll be quite safe, Jangan risau. Saya selamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worriedadj risau, bimbang, runsing: she had a ~ look on her face, wajahnya kelihatan risau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worrynot to ~ (colloq) jangan /risau, bimbang/: “not to ~. We’ll buy another one”, “jangan risau. Kita akan beli yg lain”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
takeb. become worried, upset,risau, bimbang: don’t ~ on so! She can look after herself, jangan risau! Dia tahu menjaga diri sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
taut2. worried and tense, risau dan cemas: she looked ~ and anxious as she waited for her son, dia kelihatan risau dan cemas menunggu anaknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
untroubledadj 1. not worried, tdk /risau, susah hati/: he looked ~ after the incident, dia kelihatan tdk risau selepas kejadian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas