Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[riuh] | ريوه

Definisi : bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, mem­bising­kan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, ke­gem­par­an: orang dapat merasakan ke­hadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya meng­ganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riuh] | ريوه

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong, tulang, Timonius pen­ducularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riuh] | ريوه

Definisi : bising (bkn bunyi suara orang bersorak dll); gempar, hingar bingar. ~-rendah tersangat riuh; gegak gempita: Orang ramai pun bersorak-sorak dgn ~-rendah. meriuhkan menyebabkan riuh; membisingkan; menggemparkan. keriuhan keadaan atau perihal riuh; kebisingan; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Apa benda bunyi riuh,
     Rupanya ada orang berperang;
Dia baru mencapai pengayuh,
     Kita sudah sampai ke seberang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Riuh seperti Cina karam.

Bermaksud :

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hilariousadj 1. boisterously merry, riuh-rendah: the party got more ~ after midnight, majlis itu bertambah riuh-rendah selepas tengah malam; ~ laughter, gelak ketawa yg riuh-rendah; 2. very funny, amusing, sangat /menggelikan hati, lucu/: a ~ comedy, komedi yg sangat menggelikan hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedlamn 1. wild, noisy place, (tempat yg) /riuh-rendah, dlm keadaan hiruk-pikuk/: the house is a regular ~, rumah itu sentiasa riuh-rendah; 2. scene, situation of uproar, (keadaan yg) /riuh-rendah, hiruk-pikuk/: there was ~ in the house when we arrived, rumah itu sewaktu kami sampai riuh-rendah; 3. (old use) lunatic asylum, /hospital, rumah sakit/ gila.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
racket 1 n 1. loud noise, bunyi /bising, riuh-rendah/; /make, kick up/ a ~, membuat bising, riuh-rendah; stop that ~, jangan /(buat) bising, riuh-rendah/; 2. illegal enterprise, kegiatan /haram, mencatut/: to operate a ~, menjalankan kegiatan haram; a gambling ~, kegiatan perjudian haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clamourn 1. loud, confused outcry of human voices or animal sounds, bunyi riuh; (extremely loud) bunyi /riuh-rendah, hingar-bingar/: the ~ of voices coming from the other room, bunyi riuh suara dr bilik sebelah; 2. loud, continued noise, bunyi bising: she closed the window to shut out the ~ of the traffic, dia menutup tingkap supaya bunyi bising lalu lintas tdk kedengaran; 3. loud, insistent demand or complaint, suara desakan ramai: the ~ for independence grew more insistent, suara desakan ramai yg menuntut kemerdekaan menjadi bertambah kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rumbustiousadj riuh-rendah: a number of ~ sailors, sekumpulan kelasi yg riuh-rendah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carousevi minum-minum dgn riuh-rendah: they ~d all night, mereka minum-minum dgn riuh-rendah sepanjang malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roisteringadj bersuka ria dgn riuh-rendah: ~ groups of soldiers, kumpulan askar yg bersuka ria dgn riuh-rendah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hilariouslyadv 1. boisterously, (dgn) riuh-rendah: they laughed ~, mereka ketawa riuh-rendah; 2. very, sangat: ~ funny, sangat menggelikan hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
storm4. sudden outburst,, riuh-rendah, gamat: the curtain fell amidst a ~ of applause from the vast audience,, tirai diturunkan di tengah-tengah tepuk sorak yg riuh-rendah drpd penonton yg ramai itu; met by a ~ of /criticism, protest, abuse, etc/, dihujani /kritikan, bantahan, maki hamun, dsb/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rip-roaringadj (colloq) 1. loud and boisterous, riuh-rendah, hiruk-pikuk: a ~ party, majlis yg riuh-rendah; 2. great, hebat: the show was a ~ success, persembahan itu mendapat kejayaan hebat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas